"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Monday, February 25, 2013

Sedang Mencari Jodoh..


Suatu malam yang dingin. Disaat bintang-bintang cuba bersinar disebalik timbunan awan yang gelap. Terlihat seakan cuba untuk menonjolkan diri agar terlihat gah di mata sang pencari. Ia ingin sekali akan dirinya dihargai, dihayati, dimengerti dan ingin terus berbakti dengan sinaran yang bakal membuatkan insan lupa akan pekatnya kegelapan malam. Sayangnya, dalam berjuta bintang yang kian menyerlah, hanya satu sahaja yang direnungi, tak semua mampu memiliki. 
mencari jodoh bintang
                                       Akhirnya taik bintang juga yang menarik perhatian..

Okey cukuplah tue aku punya pembuka kata. Rasanya itu pon mungkin dah cukup untuk mengambarkan entry yang aku nak goreng nie. Tapi bagi mereka yang kurang puitis nya mungkin tidak dapat memahami maksud tersirat disitu, oh!

Al kisah yang hendak diceritakan, ketika cuti sem baru2 ini. Aku mendapat satu sms dari kenalan lama. Lama tue tak laa lama sangat. Adalah dalam 1sem tak pernah bersua muka sudah. Macam mana aku boleh kenal dengan muslimat ini, masa tu aku buat part time jadi urus setia untuk program tahfiz al-quran. Bagi orang-orang tertentu, tahu lah mereka term muslimat itu datang dari kapal mana.

Sms itu agak berat bunyi, dan besar juga harapannya. Dipendekkan mesejnya, dia meminta aku mencarikan calon suami buat dirinya. Adoyai, terkedu juga aku membaca hajatnya tue.

Setiap kapal ada baitul muslim nya yang tersendiri. Yang pasti setiap baitul muslim juga, aku yakin mengalami masalah yang hampir sama. Yang menghantar resume tahulah apa masalahnya. Aku pon tak berapa nak minat cerita pasal baitul muslim nie kat sini.

Jadi aku disini hanya sekadar cuba untuk menolong, bagi sesiapa yang masih mencari calon isteri boleh lah bertaaruf dengan beliau. Beliau nie aku ingat bawah umor dari aku. Berkerja sebagai ustazah aku rasa. Kalau nak kenal just pm jer kat facebook aku. Nanti aku bagi la alamat facebook beliau dan no tepon kalau tuan empunya mengizinkan.

Rakan-rakan aku ramai jer yang bujang, tapi masih belajar. So tak sesuai nak di rekemenkan.




tambahan………………………………………..




Jika ada pembaca blog aku yang masih mencari calon suami, Disini aku sekadar memberi sedikit panduan.
1- Tiada Istilah perigi mencari timba di dalam islam. Jika anda berkenan pada seseorang cuba lah sampaikan hasrat hati anda kepada beliau. Probability akan menjadi 50% ditolak atau 50% diterima. Jika anda tidak mencuba langsung, probability di tolak telah menjadi 100%. 
Lelaki zaman sekarang ini ada yang jenis pemalu. Mereka kadang lebih suka jika ada perempuan yang mendekati mereka dahulu. Oh! kawan aku banyak juga jenis yang macam ini.
2- Jika anda memang tiada calon juga, minta lah kepada kenalan-kenalan anda yang  baik untuk tolong carikan. Kalau ada kenal dengan ustaz/ah yang anda percaya, minta lah beliau untuk carikan.
3- Persiapkan diri anda untuk bermadu. Mungkin jodoh anda dengan lelaki orang. 
Jika ada wanita yang sudah berkahwin disini yang mana suami nya seorang yang soleh, adil dan berkemampuan. Janganlah segan-segan untuk meminta suami anda mencari madu. Kerana Madu itu manis dan sangat berkhasiat. Percayalah. 
4- Terpulang pada korang nak buat macam mana…….

Yang penting korang
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL = SUCCESS (dapat kawen)

akhir kata, aku menutup entry ini dengan satu hadis riwayat Bukhari Muslim dari Ibnu Mas’ud R.A., dikhabarkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah dan diarahkan agar menulis- amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”.

p/s: Entry diatas ditulis untuk mereka yang sedang mencari calon suami, bukan mencari calon couple.. Harap Maklong..!!

Saturday, March 31, 2012

Makanan Kegemaran…

(Sudah lama tidak menulis.. Mohon maaf jika terlampau serabut dalam penulisan ini..)

       Pagi tadi baru sahaja selesai satu daurah yang mungkin agak penting bagi para kader yang selalu memikirkan bagaimana untuk menaiki tangga maratib amal yang seterusnya iaitu selepas “Individu Muslim”.

       Umum mengetahui betapa pentingnya peran BM (Baitul Muslim) dalam memastikan kebajikan ahli-ahli dalam sebuah organisasi terjaga dengan baik. Bagi aku pernikahan itu pula buka benda sepele yang boleh dibuat main-main. Pasangan yang bakal kita hidup bersama susah dan senang tue. Biasalah seorang HERO mana boleh hidup sesorang, mestilah nak kena ada HEROIN yang akan menambahkan seri sesebuah cerita, ye dok?

   Ehem.. orait aku bukan nak cerita pasal baitul muslim nie. Tajuk pon makanan kegemaran, so apa kena mengena gan baitul muslim pulak kan. Al-kisah dia begini, diakhir daurah BM tadi kami semua diarah untuk mengisi borang BM. Kira macam proposal nak menikah la nie. Aku tertarik dengan data-data yang perlu diisi didalam  borang tersebut. Semestinya seperti tajuk entry aku diatas ini, aku tertarik dengan soalan “Makanan Kegemaran” anda. Soalan macam nie dah macam aku waktu kecik-kecik dulu. Time zaman bertukar-tukar biodata la katakan.

    Kalau dulu kalau suruh ditulis makanan kegemaran mungkin laa aku akan tulis “Nasi Lemak” tak pon “Nasi Ayam”, kalau nak lebih sedap lagi tulis la “Nasi Briani”. Nie time zaman aku kecik-kecik dulu okey, dan jawapan pon kompem berkisar dekat situ jer jawapan dia. Bukan aku jer, kawan-kawan lain pon lebih kurang jer jawapan dorang. (cis..! padahal jawapan tue ikot orang tue pasal jawapan lebih kurang jew semua..)

   Kalau bab “minuman kegemaran” pulak, mesti tak abis-abis air “Milo” tak pon air “Hoclick” dan kalau nak best sket air “Fresh Oren”.. Semua jawapan baek aku or kawan-kawan memang berkisar kat situ jer la. Kompem..!

   Orait, sekarang aku pon dah membesar (konon je la). Fikiran pon mesti la kena matang sikit. Tak kan la soalan 10 tahun lepas aku masih memberi jawapan yang sama kan. Memang tak berkembang la pemikiran aku nie kalau jawapan aku masih berkisar disitu jer. Bak kata satu lagu nie “Pengalaman mendewasakan kita, mematangkan fikiran..~lala~la~la..” (kalo tahu lirik sila nyanyi sendiri). Daripada pengalaman aku membesar ini baru aku tahu hakikat sebenar kehidupan ini.  Jika selepas ini ada manusia yang bertanya kepada aku.. “Oitc hamba Allah, apa makanan dan minuman kegemaran kau haa..?”. Tanpa segan silunya aku akan menjerit berdekatan telinga sebelah kanan beliau .. “Semestinya Makanan dan Minuman kegemaran aku ialah….. “Masakan Rumah” dan “Air Jarang…” serta tak lupa juga diselangi dengan gelak jahat.. “hahaha…”.  (macam makin mengarut tulisan nie. oh!).

Okey kita istigfar jap..istigfar..istigfar…dah istigfar ker blom nie..?Lolz..!

    Persoalan disini  mengapa aku memilih “Masakan Rumah” dan “Air Jarang” sebagai makanan dan minuman kegemaran aku. Bagi mereka yang tidak pernah merantau meninggal kan kampung halaman mungkin tidak merasa apa yang aku rasa. Sungguh aku nak bagitau, makanan yang dimasak dirumah lagi sedap berbanding beli kat kedai. Aku nak cerita pon tak berapa nak pandai sangat, so terima je la dulu hipotesis yang aku buat nie. Nak tau betol ker tak kena try and feel sendiri. hehe..

    Bab air jarang nie pula susah juga aku nak terangkan sebab apa menjadi kegemaran aku. Tapi yang pasti perkara nie aku sedar time aku penat berkebun tolong bapak aku. Seyes bila penat nie air paling sedap air jarang la. Air lain macam tak hilang kan dahaga kat tekak aku langsung. Kadang-kadang air lain nie boleh membuat kan tekak aku rasa muak cam nak muntah pastu bila minum air jarang jer terus neutral balek..

 

-------------------------------Sila Istigfar 10 x ---------------------------------Salingan..

    Bila cerita bab masakan kat rumah nie, aku teringat la pula zaman aku sekolah rendah dulu. Zaman yang mana hidup tak berapa nak senang sangat. Zaman yang mana ketika itu aku kena bawak bekal ke sekolah. Yang mana ketika itu juga aku rasa rendah diri yang amat kerana disaat orang lain beratur ke kantin beli makanan sedangkan aku tiada duet nak beli. Nak makan bekal pon rasa segan pasal aku rasa aku sorang jer yang bawak bekal. Hanya mampu memerhati mereka dan makanan yang mereka beli seolah-olah makanan yang yang dibeli itu mesti sedap rasanya.

     Oh.! ini cerita bebelas tahun yang lepas. Sekarang baru aku sedar bahawa makanan yang aku bawa dari rumah itu lagi sedap berbanding beli kat kantin. Kebersihannya pon terjamin. Tiada sakit perut. Kalau keluar makan harga beratus ringgit pon tetap tak mampu menandingi kesedapan masakan dirumah,

 

p/s: Rindu nak bawak bekal gi sekolah tapi tiada orang nak buatkan.. :(

Tuesday, August 9, 2011

Senjata Melayu Yang Digelapkan Didalam Sejarah

(Saya Bangga Menjadi Melayu, anda bagaimana pula…?)

Betulkah nenek moyang kita dulu lemah.. adakah senjata kita dulu hanya sumpit, lembing dan keris.......

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang (Kedah Darul Aman), terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam; kilang melebur besi.


Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka. Kemudian bina negara...bina peradaban kembali. Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi?

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini, Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api.. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?


'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu


Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.

Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani(Queen of Langkasuka), mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma (Bang Rajan). Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan. Tan Sri P. Ramlee pernah buat filem (Enam Jahanam) dimana pistol digunakan oleh Panglima tetapi ditertawakan oleh penuntuk 1967 pada masa itu.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).

Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead) Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat
dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?



Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol



Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina (kesultanan Sulu) melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock) Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

stinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka


Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat .Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.



Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota , tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro (Mindanao) adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. Kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.


Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.


Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.


Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!


Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.


Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya ). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.



Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.


Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.


Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.


Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri?? Orang asing??


Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang. Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.


Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu, malangnya saya terlupa tajuk filem itu.


Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dangunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.


Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.



Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dancannon?

Credit to : www.carigold.com & http://malay.uptomu.net/2011/08/senjata-melayu-yang-digelapkan-didalam.html

Monday, August 8, 2011

Nama Bulan Ramadhan..

 

Erh, anda yang disini..

Yee..kamu laa, kemari kesini..

Kitee ada benda nak bagitau..

Kamu tahu nama lain selain bulan ramadhan tak?

erh tak tahu, kesiannya..

Takper-takper kitee bagitau..

Yang pertama  syahrus shiyam, bermaksud BULAN PUASA..

sebabnya, time nie laa kita diwajibkan berpuasa tau..

image

Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakam pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka (HR. Ahmad)

Ok, yang kedua nama dia syahrul qiyam, bermaksud bulan qiyamullail..

sebabnya, pasal bulan nie la kita disunatkan solat terawih.

Bulan lain mana ada kita solat terawih kan..

image

Dari Abu Hurairah RA. Berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW menganjurkan shalat malam pada bulan Ramadhan tanpa mewajibkannya", kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa yang shalat malam pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR. Muslim)

Yang ketiga pula nama dia syahrul Qur'an, bermaksud BULAN AL-QURAN.

sebabnya, pasal bulan nie la diturunkan al-quran.

alaa..yang setiap 17 ramadhan kita sambut nuzulul quran tue.

image

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS. Al-Baqarah:185)

Yang keempat nama dia syahrul jihad, bermaksud BULAN JIHAD.

s0075

sebabnya, time nie la banyak berlaku peristiwa jihad,

seperti jihad qital yang pertama iaitu PERANG BADAR.

Yang kelima nama dia syahrul infaq.,

image

sebabnya, besarnya pahala infak pada bulan ini, dan juga kita akan mengeluarkan zakat pada bulan ini. Jadi siapa yang belum bayar zakat sila berbuat demikian ok.

Yang terakhir nama yang diberi ialah syahrut tarbiyah, bermaksud BULAN PENDIDIKAN.

image

sebab, time nie la sepatutnya kita mengunakan setiap waktu untuk mempelajari islam dengan lebih dalam. Kalau ada ceramah atau kuliah ditempat anda pergilah untuk mendengarnya. Juga digunakan kesempatan ini untuk menambah kefahaman kita terhadap agama ini sendiri. Mudah-mudah juga ia dapat menjadikan kita lebih baik lagi.

Dah tahu kan,

Jadi jangan lupa kongsikan dengan orang lain juga..

Okey, jumpa lagi….. tata..

p/s: Nama itu tidak beerti apa-apa jika tidak mencerminkan dirinya.

Friday, August 5, 2011

Maaf, Saya Telah Curang…!

 

image

Kepada Cik Awek dan Cik Pakwe sekalian.

Yang sebuk bercinta cintunnnn nie.

Pernah dengar lagu My Heart tak?

Alaaa yang Irwansyah gan Acha same-same nyanyi tue..

Alaaa yang femess time zaman skolah dulu.

Alaaa yang time tue zaman sebuk nak cari makwe pakwe tue.

Alaaa yang time tue kita nyanyi same-same tue.

Erh, bila masa pulak?

Ok, tipoo jer..

Alaaa leceh laaa, tue pun tak ingat..

Kalau siapa-siapa yang ingat boleh nyanyi dengan Kitee tau..

same-same kita mengiambas memory silam..

ok, 1..2…3,

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu


Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita


Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tenang
Sebisa mungkin, tak akan pernah
Sayangku akan hilang...

erh..! dah..dah.. STOPPPPPPPP….!

yang bahasa inggeris tue tak payah laa nyanyi yee..

Kitee tak pandai speaking2 nie…

Cuba try nyanyi yang perenggan last tue,

baris 1 dan 2…

macam touching jer kan baris tue….

 

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan
tenang…

 

--------------------------------------------------

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang. (13:28)

Ok, dah takder MOOD nak nyanyi…

baik pergi baca al-quran…

p/s: Inyaallah, memang hati akan menjadi tenang. Senyuman kenyitan

Tipah Tertipu Bang..!

 

Anda pernah kena tipu?

Pernah tengok cerita BANG BANG BOM tak?

PRANG?

WAKENABEB?

image

aiks, semua tak pernah…

haaaa.., amacam kalau APRIL FOOL..

alaaa, jangan la tipoo… mesti pernah kena kan.

cuba ingat balek, time zaman sekolah dulu..

sampai nangis2 pasal kena tipoo tue..

cuba ingat..

ingat..

laa.. ingat laaa btol2..

yang time tue anda dikenakan oleh kawan2 sekelas tue..

haaa, ingat pon.. bagussss anak mak..

amacam perasaan time tue ada mau nangis tak? (jenis budak gembeng)

sedih,kecewa, rasa nak bunuh diri..erh, lebih2 pulakkan..

ker ketawa atas kebodohan diri sendiri..hahaha.. ;p

tak kisah la pon kan..

yang penting kita jangan mudah tertipoo lagi..

dan lagi penting….

sangat penting…

SEyess tak tipOOO..

memanggggggg…. sangatttttttttt… PeNTING laaaa..

jangan la kita diperdaya dan mudah ditipoo oleh SeTONNN

seperti mana moyang kita dahulu..

image

Lalu setan memperdayakan keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya disana (surga). Dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.” (2:36)

"Ia (syaitan) berkata, 'Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang terpilih di antara mereka'." (15: 39-40)

haaa.. pasal kena tipoo gan SeTONNN laa moyang dan kita2 nie terhampar kat sini tau..

isk..isk..huk..huk..sob..sob.. sedih2..

erh, macam tak takOOT pon,

SeTONN nie macam2 cara tau nak BANG BANG BOOM kita tau…

w0005

Bila suruh solat awal waktu bukan main liat lagi.

Lagi 5 minit waktu solat, time tue laa mata mula mendayu-dayu..

hehe, pengalaman orang tua2 kot.. tue yang tahu.

w0116

Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.

kadang2 tue sampai gaduh gan kawan2..

alah hal kecik jer pon..

jangan tak bertegur lebih 3 hari sudah..

berdosa tau.. tuuuuuuuuuuuuu..

ok, banyak lagi nak bagi contoh..

tapi dah penat..

yang baca pon lagiiiii laaaaaaaa penatkan…

nie last contoh…

pp0368

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (33:59).

ok, iman dah tergugat..

mudah-mudahan kita dapat la menjauhi segala PRENG, WAKENABEB, BANG BANG BOM daripada SeTONN nie.

w0074

"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (7:200)

 

akhir kata pesanan dari penaja:

Wahai anak cucu Adam! janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia (setan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (7:27)

p/s: kena tipooo dengan manusia bleh kita gelak2 lagi, kena tipOO dengan SeTONN, alamat menangislah tak berlagu laa…(NAK TUJU LAGU..plsssssssssss)

Tuesday, August 2, 2011

Aktiviti Ramadhan..

 

Sudah bosan dengan aktiviti anda sekarang?

Hari-hari ramadhan terasa seperti hari-hari biasa?

Cuma bezanya anda tidak makan dan minum sahaja.

Jangan begitu..!

Ayuh berubah..

Mulakan aktiviti pertama anda dengan bersahur.

selepas itu?

Jangan terus tidur..!

bermunajatlah kepada tuhan dan mohonlah keampunan nya..

pr0043

“Rabb kita (Allah) swt turun pada setiap malam ke langit dunia, pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, ”Siapa yang berdoa kepadaKu maka aku akan kabulkan baginya, siapa yang meminta kepadaKu, maka aku beri kepadanya, Siapa yang meminta ampunan maka Aku akan mengampuninya(HR Bukhari dan Muslim)

selepas itu,

anda boleh tidur…

erh, tunggu! jangan tidur dulu..

mulakan aktiviti kedua anda.

ayuh ke masjid menunaikan solat subuh secara berjemaah..

pr0014

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”. (QS Al-Isra’ : 78)

Rasulullah juga bersabda,

“Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

ok, anda boleh lakukan aktiviti harian anda seperti biasa..

tapi,

jangan lupa..

Sentiasa la berdoa kepada tuhan.,

image

“Tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak, di antaranya adalah orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, di dalam riwayat lain dikatakan, orang yang puasa ketika hendak berbuka.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.(2:186)

wow..! menarik bukan..

ada tak lagi aktiviti yang boleh dibuat.

erh, mestilah ada kan..

anda juga boleh membanyakkan membaca al-quran

image

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)

owh jangan lupa pula untuk mentadabbur nya sekali tau..

alang-alang baca, baca la sekali maksudnya.

hmm..ada lagi tak erk.

ye..ye.. yang terakhir..

sabar..sabar.. jangan pangkah dulu..

amanat yang terakhir plsss baca..

banyakkan lah bersedekah tau..

pasal Rasulullah paling banyak bersedekah time ramadhan tau.. seyes tak tipoo..

kata suri tauladan rasulullah kan..

image

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)

ok, dah habis…

dah boleh keluar dari site nie.. byeee, assalamualaikum, salam ramadhan dan jumpa lagi..

pp0183

p/s: biar amal yang berbicara..