"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Thursday, June 3, 2010

CaRi MeNanTu 2..

Semalam setelah sekian lamanya tergerak jugak aku nak menonton tv, mungkin kebosanan yang melampau-lampau coz hari2 mengadap ladtop jer. Berita mengenai konvoi yang bergerak ke palestin menjadi isu utama di tv 9 pada pagi tue. Rasanya semua tv kot memang menjadikan isu ini sebagai isu utama..hahaha, tapi bagus la sekurangnya dapat la membuka mata mengenai isu palestin yang semakin berkubur tu. Kalo tak,masyarakat sampai skrang pon masih tak tahu pasal saudara kita kat seberang sana tu.. mudahan2an kesedaran mengenai isu palestin ini lebih membuka hati mereka untuk mendekati islam secara mendalam lagi.

Seusai berita tv 9 tue, aku tertonton laa plak satu rancangan nie.. aku rasa cukup menarik la kot. Tajuk dia “Cari Menantu 2”. Aku rasa cerita nie ulangan jer kot, tak tau laaa.. tapi sedang aku nonton rancangan nie, teringat la plak sorang ikhwah nie yang tak habis2 duk cerita pasal nikah. “akh sem depan kita gi kursus nikah jom..” haha..teringat laa plak ajakan dia tue..sabar er r akh, kalo ader duet sem depan kita gi same2 ok.. yang penting kita gencarkan dulu bisness kita, pastu kalo nak ajak taaruf same2 gan akhwat pon boleh..huhu..

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (30:21)

Sememangnya fitrah manusia tu inginkan pasangan. Sebab apa, sebab bila dah beristeri ni la membuatkan hati kita lebih tenang,dan hati juga lebih terjaga. Takderlah mata meliar jer sini sana, maksiat pon boleh dielakkan. Inyaalllah..

Bagi aku rancangan macam ini memang bagus buat mereka2 yang baru hendak meniti kealam perkahwinan. Nanti takder laa blurr sangat bila dah kawin nanti…hahaha..(erh..,naper excited sgt plak aku nie..huhu). tapi memang tak kering gusi jugak la melihat telatah pasangan2 nie ketika menjawab soalan2 yang di kemukakan oleh para juri (ustaz & ustazah). “macam mane kalo suami anda sering sembahyang lewat pada waktunya,” Tanya juri pada pasangan perempuan.. gurlp.., sembahyang lewat, uishh.. hal cam nie pon dia tanya gak ker. Tp dengan bersahaja nya pasangan perempuan tu menjawab “saya tegur laa, kalo tak paham jugak jawabnya kalo gitu tak masak la..”haha..mudah2an apa yang terungkap dari mulut tue dapat laa dikotakanya, tapi nanti jangan sampai anak2 plak tak dapat makan err…

“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (JIKA TIDAK) maka BINASALAH ENGKAU.” (Diriwayatkan Bukhari dan Muslim).

Ada satu hal lagi yang penting sepanjang hidup berumah tangga nie, iaitu tarikh2 keramat yang dianggap penting oleh isteri tapi dianggap sepele oleh suami. “macam mana kalo hari jadi kekasih dia lupa, apa nak buat..?” soalan cepu mas buat pasangan perempuan. “hmm..saya bagi laa hint2 sket kat dia,tanya ada hari special tak hari nie..,”. tiba2 plak pasangan lelaki nie menyampuk “mungkin ade pasar malam kot..”, hahaha..sekali lagi aku tergelak. Buat bakal2 suami, jangan lah hal2 cam nie dianggap sepele jer bagi anda, masakan soalan yang begini yang ditanya oleh para juri bukankah untuk menunjukkan ada satu kepentingan disitu. Jangan nanti isteri anda muncung jer mulutnya sebab merajuk. Kang payah plak nak pujuk. Jadi mencegah lebih baek dari merawat..haha..

"Perkahwinan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."

Ada satu lagi perkara yang aku dapat dari rancangan tu, ketika malam pertama nanti..( aiss.. segan plak nak sebut word tu..) buat bakal2 isteri, jangan lupa disediakan segelas air susu buat pasangan anda. Kerana ini adalah sunah yang dianjurkan oleh rasulullah. Sahabat sendiri pernah bertanya kepada rasullullah, kenapa laa air susu. Teh ker kopi ker..tak leh ker… sebab susu tue kan melambangkan kesucian, kebersihan, dan keharmornian itu sendiri.. (sebenar byk lagi sunah yg lain, tp yang ini yg diingatkan oleh ustazah nur bayah..huhu).

Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang murni antara kotoran dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya. (Al-Nahl, 16:66)
Fuhh..sebenar banyak lagi benda nak kena tau sebelum masuk kealam perkahwinan nie. Misal nya tentang haid wanita, rukun nikah, mas kahwin..aduhh..memang banyak, jadi jangan lupa penuhi dada anda dengan ilmu munkahat nie sebelum nak berkahwin ok..


p/s: teringat ketika sekolah agama darjah 5, munakahat dapat A, ustazah siap cakap lepas nie kamu dah boleh kahwin laa…(hahaha…)

3 comments:

izzat zainal said...

Salam..nampaknya kefahaman antm dlm hal ni melebihi ana ..hahaha.....ada rezeki kita p kursus sem depan ye..huhu...:-)

shahniz said...

wasalam..
bleh jer no problem punyoo..
tp ongkos nya mahu di cari dulu...

Anonymous said...

haha. terkedu seketika membaca nye.
gud2