"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Saturday, July 31, 2010

Info Palestina Malaysia..

palestin -kesedihan meliputi tubuhku-

pada mingu lepas, satu program tentang info palestin telah dibuat didalam surau. program yg telah dirancang dengan teliti dan lebih bersifat untuk menarik lebih ramai mad'u untuk ditarik kedalam halaqah untuk tahun ini..

walaupon aku rasa isu tentang palestin telah lama, tapi bukan semua orang tahu akan hakikatnya, masyarakat hanya telah terbuka sedikit mindanya mengenai palestin setelah isu provokasi yg dijalankan oleh rakan2 seperjuagan kita untuk menerobos tembok sekatan zionis dengan mavi marmara demi menghantar bekalan makanan. walaupon sebenarnya mereka sedia maklum tidak akan lepas dari sekatan zionis ini. tapi mereka berjaya membuka mata masyarakat tentang isu ini.

tapi sejauh manakah masyarakat faham akan isu sebenarnya, bahawa isu ini bukan sekadar isu kemanusian semata-mata, tapi lebih kepada isu umat islam..

teringat plak aku ketika di matrik dulu, sememangnya dakwah yg aku jalankan dari dulu, kini dan mungkin tidak selamanya, lebih bersifat illegal dan underground. setelah berkumpul semua ikhwah, kami diarahkan untuk membuat poster tentang kekejaman zionis dan pemboikoitan barang2 mereka. hehe.., juga hendaklah ditampal secara senyap2 ketika tiada orang. biar menjadi tanda tanya saper punya kerja nie..,sampai2 kami terpaksa datang dalam 4-5 pagi semata2 nak tampal poster nie..arghh,tak lupa gak main nyorok2 gan pak gurd, takut kena syak apa2 plak nanti... dan yang lebih penting, diakhir provokasi dan mesage2 nie. kami akan bilik ke bilik untuk mengutip derma untuk palestin plak..(bab kutip derma nie ader sedikit konflik dgn ajk surau...)

Saat langit berwarna merah saga
Dan kerikil perkasa berlarian
Meluncur laksana puluhan peluru
Terbang bersama teriakan takbir

Semua menjadi saksi
Atas langkah keberanianmu
Kita juga menjadi saksi
Atas keteguhanmu

Ketika yahudi-yahudi membantaimu
Merah berkesimbah ditanah airmu
Mewangi harum genangan darahmu
Membebaskan bumi jihad palestina

Perjuangan telah kau bayar
Dengan jiwa, syahid dalam cinta-NYA


-shoutul harakah-

sememangnya aku corfirm bukan semua orang alert dengan info palestin nie.., dulu aku ader baca satu entry nie.., betapa ader sorang mamat nie, suka suki jer dia kutuk orang2 yang tak kenal saper mustafa kemal ataturk.., dengan kereknya dia berkata.."masa kecik2 dulu bapak aku dah cerita dah pasal pengkianat umat islam nie.." (erk..! lebih kurang laa.., aku tak ingat sgt..).. cehhh..,siap cakap korang yang dah besar nie pon tak tau saper mustafa kemal ataturk, (mamat nie marah pasal ader orang tanya dia saper mustafa kemal ataturk nie... )cisss.., menyirap plak aku tgok cara mamat nie cakap, aku tau la yg hang tue background keluarga islamic, skolah islamik..dan mcm islamic laaa... aku start tau benda2 nie semua pon pasal aku join tarbiyah, kalo tak sampai mati pon aku kenal mustafa kemal artaturk nie bapa permodenan turki. ishh.patutnya ko yang sedar umat islam sekarang nie tak kenal pengkianat tu,patutnya ko berasa sedih, bukan nyer nak meredah2kan mereka.. sedih pasal mereka2 nie bukan tak nak amek tau.., tapi dah lahir2 jer dah diterapkan doktrin2 sekular, background family sekular, sekolah sekular, dan macam2 sekular lagi daa.. tak cam kau, yang lahir2 jer bapak ko terus ajar dengan nilai2 islam.. dan tugas ko bila dah didik dengan nilai2 islam nie.., gi laa dakwah orang plak(aku pon oh!..), sampaikn aper yang tak pernah didengar oleh masyarakat.. bukan dok kutuk orang atas kebodohan mereka mengenai islam..(ishh.. terlajak plak aku.., aku nak tulis pasal palestin laa bukan mamat nie...)

sememangnya kita sedia maklum, yang palestin nie direbut oleh 3 agama, iaitu yahudi, kristian dan islam.. semuanya ader alasan tersendiri kenapa nak sangat palestin nie..,

saper yang menguasai palestin, pasti akan menguasai dunia..
-saladin-

kita sendiri sedia maklum, yang jiran palestin nie iaitu mesir pon buat dont know jer.., siap tutup pintu sempadan tak kasi rakyat palestin dapatkan bekalan dari sana.. mmg hampeh betul pemerintah mesir nie.., yang diharapkan cuma aktivis2 islam kan saner jer laa yg boleh membantu rakyat palestin nie iaitu ikhwanul muslimin. nak hantar bekalan pon terpaksa ikut terowong bawah tanah yang muat2 badan jer leh masuk.. dan dikatakan terowong nie kalo nak masuk stamina kena tinggi gak pasal oksigen tak cukup kat bawah tanah tue.. silap2 boleh mati..

aper yang kita boleh buat dan bantu hanyalah sekadar memboikot barangan dan produk2 yang dikatakan menyalurkan dana bantuan kepada zionis nie.. kalo cerita bab boikot plak mesti ader yang tak puas hati.. kalo kita boikot cam ner orang islam nak cari makan sebab pekerja kebanyakkan nyer orang islam..dan mcm2 lagi alasan daa..

“Wahai orang beriman, sesungguhnya orang-orang Musyrik itu Najis, maka janganlah mereka dibenarkan menghampiri Masjidil haram setelah tahun ini…”

kalo kita tgok ayat quran nie, ALLAH melarang orang musyrik dari melakukan umrah di baitullah.., bukankah itu telah menyekat sumber ekonomi pertama umat islam pada waktu itu yang bergantung kepada orang2 nie sebagai pelangan mereka.. tetapi ALLAH menjawab keresahan mereka ini..

“..jika kamu takut miskin, maka kelak ALLAH akan mengkayakan kamu daripada kurnianya…” (Surah at-Taubah [9]:28 )..

sudahkah kita lupa akan janji ALLAH ini..?

p/s:saperkah yang bakal menjadi salahuddin al
-ayyubi ke2...

Tuesday, July 20, 2010

i RatHer Be aN IdiOt....

p/s: biarlah gambar nie sahaja yang berbicara...oh!




Ping list

Monday, July 19, 2010

NaSiHAt KeTiKA diPiNtA..

sedang aku melepak-lepak dengan housemate aku ptg tadi,
aku mendapat msg dari anak halaqah aku,

"salam shahrul, anta free tak malam nie, boleh tak kalo kita jumpa malam nie, sebab ader hal penting nak cakap.."

aku jadi tertanya-tanya, hal aper laa erk yg cam penting tue,
smpai nak jumpa dengan kadar segera,

"boleh, anta nak jumpa pkol baper..?"

"kita jumpa dalam pkol 8, kita cakap time makan.."


baru aku ingat, mlm nie aku ader perjumpaan dengan P.A,
ish, time nie laa ader perjumpaan P.A, ikutkan aku nak aje aku ponteng
perjumpaan P.A tue, sebab aku rasakan anak halaqah lebih memerlukan aku waktu nie, bunyi sms pon macam urgent jer..tapi bila memikirkan segala piority kedua2 nya.,
dan aku teringat yg sem lepas aku terlepas perjumpaan dengan P.A disebabkan lost
information, juga memikirkan keadaan aku yg tak stabil disini, maka aku
cuba memutuskan keputusan dengan sebaeknya..

"hmm..maaf akh, pkol 8 nie ana ader perjumpaan dgn P.A, nanti lepas balek
ana terus gerak bilik anta, kita jumpa kat sane jer err.."

"ok, ana tunggu nanti.."


6 hak sesama muslim
1-memberi salam
2-memenuhi undangan
3-memberi nasihat
4-mendoakan orang bersin
5-ziarah orang sakit
6-mengiringi jenazah

(hadis baihaqi)

--------------------------------------------------------------------------------

seusai balek dari perjumpaan P.A, aku terus bergerak laju menuju ke apartment ank halaqah
aku, tak lupa juga untuk aku membawa buah apel yang aku dpt drpd program perjmpaan tu
sebagai buah tangan., sebenar terliur jugak aku tengok buah apel tue..hehe..,
takper berkorban laa sket, kan ciri2 seorang murabbi tue seharusnya ader sifat abi,
mudah-mudahan modal sebiji apel nie dapat mengembirakan hatinya dan meredakan sedikit masalah yg dihadapinya..

memang kebiasaan aku, bila datang mengziarahi anak halaqah aku, pasti akn ku bawa sedikit buat tangan buat mereka..(hehe..sebenarnya bila ader buah tangan baru aku gi ziarah).. benda nie pon aku belajar dari seorang ikhwah, dan aku praktikankan dengan sebaeknya, ku harapkan juga agar
nilai2 berkunjung dengan membawa buah tangan dapat juga diterapkan oleh anak halaqah aku suatu ketika nanti..

dipendekkan cerita, rupanya ank halaqah aku mghadapi masalah pelajaran dan kewangan..
ptptn untuk sem nie sangkut pasal pointer bawah 2.0.. kecian kan anak halaqah aku
nie, kata dia takder saper nak dengar masalah dia nie.. tue yang dia panggil aku supaya
dapat membantu dia..

aku walaupon takder laa sehebat maner, just bagi pendapat dan cuba memotivasikan diri dia..,
bagi aku, bila dah masuk u nie mmg banyk hidup sendiri2, kalo dulu masa sekolah mungkin sahaja kalo kita jatuh akan ader orang yg gelakkan kita, dan ader juga yg meghulurkan bantuan untuk membantu.. tapi bila dah masuk u nie, kalo kita jatuh, jgan cakap orang nak tolong,orang nak gelakkan pon takder..
memang banyak kena survive sendiri..oh!

-------------------------------------------------------------------------------------

hari ini perjumpaan semua ikhwah diadakan, tujuannya adalah untuk menyusun semula
dan merombak semua halaqah, dan yang pasti juga hari ini adalah hari terakhir aku
menjadi murabbi kat ank halaqah aku nie..

semasa dalam perjalanan ke perjumpaan tue, aku mula bertanya pasal masalah yang
dihadapinya beberapa hari lalu..alhamdulillah, lega aku rasa, masalah yang dihadapinya
sudah tertungkai dengan baek..segala pujian buat mu ya ALLAH kerana menjadikan aku
sebagai asbab kepada jalan keluar segala kekusutan yang dihadapinya..

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. (HR.Muslim)

ketika sudah berakhirnya perjumpaan tue, kami semua bersalaman ala2 semut gitu..hehe..
dan tiba2 ank halaqah aku ni memberi aku sebuah bag yang terisi didlm nyer makanan..
erk! terkedu aku jadinya..,aku tanyalah apa benda nie.., "baek2 dlm nie ada makanan.."bagtau
ank halaqah aku.."terima kasih yee"

setelah aku hantar anak halaqah aku balek ker apartment dia, aku terus memecut pulang..
hehe, tak sabar nak tgok isi dlm beg tue.. jeng2.. nasi ayam yang dibawa dari rumah..
terharu aku..oh!,..
ingat juga ank halaqah aku nie kat aku.. dan yang penting sekali
nilai2 yang aku cuba terapkan kepada dia, berjaya dia praktikan..tak sia2 aku tarbiyah
dia selama nie.. diharap walaupon dah bertukar murabbi, ukhwah akan tetap terjalin mesra..
dan doa akan kukirimkan selalu buat mu dan ikhwah yang laen agar teguh diatas jalan ini..

p/s:masih mencari anak halaqah yang baru..

Friday, July 9, 2010

PernahKah KoraNG BeRmiMpi BeRTeMu HanTo...

cerita seram (adakah mimpi selalunya indah..)

sekarang jam menunjukkan 3.42am, pagi yang teramat sangat untuk hari jumaat.. aku baru jer bangun tidor nie pasal dikejutkan dengan mimpi bertemu hanto.. arrghh menyirap btul aku.., aku baru jer tido pkol 2 tadi dah kena bangun balek.. mmg suruh tahajud awal nampaknya..

aku rasa korang semua pasti pernah jgk mimpi bertemu hanto, tak kisah laa hanto apa pon.. coz kali nie aku nak kongsi pengalamn aku jumpa hanto kat dalam mimpi.. lagi2 mimpi yang tengah fresh kat kepala hotak aku nie..mimpi yang membuat kan aku terjaga dari tido sebentar tadi(tgah sakit hati lagi nie..oh!)..

aku cerita serba sedikit keadaan aku kalo mimpi hanto nie.., firstly aku nak cakap, kalo aku mimpi pasti aku tau itu mimpi kalo suasana lain macam jer.. dan apabila aku dah tau itu mimpi selalunya aku boleh kawal mimpi aku... sebagai contoh, aku dulu2 masa mimpi hanto, bila tau jer yang nie sekadar mimpi aku akan cuba untuk berlari daripadanya.. dan perlu diingatkn bahawa bila kita nak lari laju kita kena set bahawa kita nak lari perlahan, nanti baru dia lari laju.., kalo kita berusaha jugak nak lari laju.., alamat nya kaki kita akan jadi berat dan susah nak lari... ok, ini aku cakap bila aku boleh kawal dengan baek laa mimpi..

yang kedua, kalo aku tau itu mimpi, dan aku tak leh nak handle lagi mimpi tue.., senang cakap aku jumpa hanto yang paling seram laa dan aku susah naki lari daripadanya..., aku pasti berusaha untuk bangun dari tidor., memang time nie pikir nak bangun jer laa pasal dah gelabah punya pasal.. dan aku pasti berjaya untuk bangun dari tido, pastu kalo sambung tido blek corfirm dah tak der ape2..

tapi sejak akhir2 nie.., mimpi seram aku semakin menjadi-jadi..
mmg pelik.., smpai aku mengigau-gigau.., sakit hati aku.. aku rasa level mimpi seram aku dah meningkat..

masa tengah cuti sem nie, aku boleh mimpi jumpa hanto kat kebun aku.., sebijik suasana kat kebun aku, kereta nisssan sunny yang aku selalu bawak kat kebun pon ader jgk.., dlm mimpi tue aku tengah bwk jugak nissan sunny tue..ish, memang sebijik laa cm suasana aku gi kebun.., tapi bila aku dah start jumpa hanto dlm mimpi aku tue, dan tak tahan betapa seram nyee hanto tue.., dan aku start tau itu hanya mimpi.,pastu trick lari laju yang selalu aku praktikan untuk melarikan diri tidak berjaya.., so aku pon minta laa agar cepat2 bangun dari tido.. dan aku berjaya..yeah!!.

aku melihat sekeliling ruang bilik aku.. cisss!! lembaga tu tak nak lepaskan aku., aku dah jaga pon dia ader juga..,erkk..!! bertmbah seram laa aku.. time nie korang jgn cakap laa.. surah apa aku tak baca.., ayat qursi semua aku baca, tapi tak menjadi.. yang tak leh tahan lagi bila hanto nie mula menindih aku... aku rasa berat beb,,, sesak nafas aku.., aku mula2 malas dah nak layan.., aku pejam je laa mata,, malas nak lawan pasal dah ngantuk sangat kerna aku tido 2.30 am masa tue, ingat nak tgok brazil main tapi dah ngantuk sgt, aku tido jer laa... tapi memandangkan makhluk nie lama sangat menindih aku, aku jadi menyirap.. dah laa aku tido lambat. esok nak gi kebun plak.. jadi aku nekad untuk melawan.., aku meronta-ronta nak bagun.. akhirnya aku berjaya jgak.. dan membuka mata, aku lihat kakak aku didepan aku sedang melihat dengan pandagan tajam.. papp..!!! "ko nie kenapa bang..!!!.." pastu dia terus blah dari bilek aku..aku plak masih tercungap-cungap.., fuhh..fuh.., "ish.. tak boleh jadi nie.." aku terus pegi tido tmpat laen, seram aku nak smbung tido kat situ sorang2..
lupa nak cakap. kakak aku masa nie dah jaga pasal nak buat kerja dia, nasib baek dia kejut aku pasal aku mengigau.., dia ingat aku main2 tue yang dia marah.., pasal menakutkan dia jugak yg sedang buat kerja..hehe

esoknya, masa aku gi kebun gan bapak aku.., bro endon yang selalu lepak gan aku tanya aku."semalam ko ader mimpi ape2 tak bang"... ish maner dia tau aku mimpi malam tadi.. pastu aku cerita laa mimpi aku tue.. pastu dia tanya aku.., semalam ko meracun kat sawit belakang tue ker..? aku cakap "aar., naper..?" "ish, tmpat tue mmg keras sket, tu pasal owner dia pon tak berani datang tgok kebun dia., just upah orang jer .."
aku ingat ke bro endon nie mmg tau aku mimpi ngeri, rupanya sekadar tanya pasal nak no ekor untuk beli hari ni, tu tanya aku mimpi apa..ceh..!! tapi pasal aku cerita aku bwk nissan sunny dlm mimpi tue, so dia amek laa no kereta tu...

pagi buta nie, sejarah berulang kembali.., aku mimpi hanto lagi., kali nie memang sangat teruk., pasal kali nie mimpi yang sebijk juga macam real.., sebelum nie aku sekadar nampak lembaga hitam jer.., sekarang dlm mimpi tu aku jumpa direct face to face.., banyak plak tu bilangan dia.., siap pakai kain puteh lagi.. ish, memang seram laa.., dan bila aku tau nie mimpi dan aku tak boleh mengawalnya,, so aku cuba untuk bangun.., dan apabila aku telah berjaya keluar dari mimpi tu, aku ader masalah lain plak.., coz aku rasakan roh aku dah masuk tubuh tapi badan tak leh gerak..aku hanya mampu tengok sekeliling bilik jer dengan pandagan mengantuk..dan aku nmpak member aku yang lagi tadi main ladtop ader kan hujung bilek.. aku try untuk bangun tapi pasal dah tak boleh so, aku terlelap laa balek..

ishh.. kalo terlelap terus takper...,nie boleh plak mimpi hanto aku sambung balek..arrghh..seram2.. aku tak tahan...
dan perkara aku terjaga tapi takleh gerak badan pastu terlelap balek berulang 2,3,4 kali juga..dan kali terakhir, bila aku btul2 dah seram gila2 punya dan aku takot untuk terlelap balek, aku pon meronta-ronta untuk bangun smbil cuba minta bantuan member aku yang kat hujung blek tue, tapi suara aku seakan tersangkut.. aku cuba gak untuk bangun.. dan aku berjaya..

pastu aku tengok sekeliling.., dan aku pegi kat member aku yang kat hujung tadi.. aku tengok dia bergelak gan member aku sorang lagi.., cisss..!! rupanya dia gelakkan aku.. pastu aku cakap arr aku mimpi hanto.., diaorang terus gelakkan aku.., diorang ingat aku main2 masa meracau2 tu.. diorang kata aku bunyi erkk..erkk smbil tangan bergerak.. aku tanya banyak kali ker aku buat cam tue.. diorang cakap byk kali gak.., sekejap ngigau pastu senyap.. dan yang paling lama masa yang last tadi..

aku yang mendengar diorang cakap cam tue.., jadi rasa cm nak marah..,
"apsal ko tak kejut aku tadi, separuh mati aku nak bagun tau..yang last tue lama pasal aku dah lepak dah, tue cuba bangun sungguh2.."
"laa.., tak pernah cakap pon suruh kejut"
diorang yang mendengar hanya ketawakan aku, juga seolah2 mempermain2kan aku..
"arrgghh ko tak kena lagi boleh la cakap, kalo ko dah kena baru kau tau.."

pastu aku ingat nak terus tido dekat dengan diorang, tapi bila pikirkan mimpi tadi yang paling seram aku kena,, terus tak jadi, aku bukak ladtop terus tulis entry nie...

teringat juga aku masa kecik2, aku selalu gelak kat bapak aku bila dia mengigau.., dan mak aku mesti cepat2 datang kejutkan dia.., pasal bapak aku selalu jgak mengigau,, jadi kitaorang adik beradik dah tau perlu buat aper.. gelak pastu kejutkan bapak aku.. gelak bukan pasal apa, mmg lawak laa kalo bapak aku mengigau..

sekarang, aku plak yang kena, dan aku tau hikmahnya kenapa kena kejutkan orang yang mengigau nie..mungkin dia mimpi seram cam aku juga..dan pasnie aku rasa aku tak leh nak gelakkan bapak aku lagi.., pasal aku sendiri pon dah terkena..taubat beb..!!!


cerita seramp/s:aku masih lagi seram nak tido semula nie..oh!



Thursday, July 8, 2010

IDenTiti.....

(cerita tentang diri sendiri)

nun di sudut bilik didalam sebuah rumah, terlihat seorang budak sedang asyik merenung diluar jendela.. matanya leka memerhatikan hujan2 yang turun untuk membasahi bumi, hatinya turut terhibur melihat burung2 terbang mencari tempat berteduh.. daun2 yang gugur ditiup angin kencang dan pokok bergoyang2.. udara segar yang menghembus kemukanya turut menyamankan suasana..

termenung sendiri... smbil hatinya turut mengagumi kebesaran yang maha esa.. setiap yang terjadi pasti punya sebabnya.. makanya dia tidak pernah melihat sesuatu hanya sekadar sebelahmata tapi melihat penuh dari sudut yang berbeza.. setiap perkara pasti ader hikmahnya..dan hikmah itu harus dicari bukan sekadar dinanti.., andai kesakitan menimpa tanpa dipinta itulah petanda penghapusan dosa..tapi andai hanya tahu mengeluh dan mencarut tidak semena-mena, nmpaknya dosa bertambah laa pula.., begitu banyak sekali hikmah yang diberi tapi jarang sekali kita bersyukur dengan kurniaan yang diberi..

budak nie sememangnya punya cita-cita yang tersendiri., ia tidak ingin menjadi kaya, tetapi harus menjadi kaya..dengan harta ia harapkan mampu menegakkan kalimah ilahi..,tidak hanya kecapi rasa selesa sendiri..,biarlah mampu memegang ekonomi kembali..
biarlah keinginan untuk membeli satu alam ini menjadi tunjang semangat dirinya.. lantaran bisnes menjadi minatnya kerna 9/10 rezeki pasti menjadi miliknya..

budak ini masih lagi termenung sendiri.., sememangnya dia suka akan suasana hujan.., ketenangan juga banyak diraih ketika ini.. kadang2 teringat kembali zaman sekolahnya.., mlihat banyak benda berlaku., mereka bercerita pasal botol2 , dan paling banyak sekali cerita pasal awek.. dan yang pasti juga, bagi aku awek tue bukan sekadar untuk berpegang tangan, pastu diusung kesini kesana, peluk sana peluk sini.. raba sana, sini juga..berapa banyak peluk daaa.., pastu terjadilah adegan2 sehingga terlihat hasil karya yang sangat malu untuk diketahui, tetapi nilai karya itu menjadi bahan hangat apabila diketahui media dan masyarakat.., kerna mereka sangat pelik bagaimana mngkin terlihat bayi2 bergelimpangan kesini sana, bergolek2 juga..erk!...

budak itu tahu itu sekadar jamuan nafsu yang tidak akan pernah berkekalan.. tapi kenapa mereka tidak mampu untuk membendungnya..oh! .. tapi kadang2 teringin juga ingin melakukan seperti mereka, benda best kan..saper tak suka.. tengok awek seksi jalan depan mata tergugat juga iman ini..oh!.. tapi memandangkan dunia nie bukan dia yang punya tapi yang maha esa yang punya.., jadi terpaksalah budak nie berlakon jadi baek.. dan cuba juga jadi pelakon yang terbaek juga,, punyai cita2 juga agar biarlah mendapat anugerah pelakon terbaek dan melayakkan dia untuk masuk ketempat yang diidam2kan ramai orang..

coretan ini sekadar puisi biasa, bukan untuk memperli kepada sesiapa, hanya peringatan buat diri sendiri juga, yang ingin sekali hidup sempurna tapi tak bermakna perlu kan harta satu dunia.. lagilah tak diperlulah bertukar awek sentiasa..cukuplah sekadar kekasih yang diatas sana…itulah dia cinta tertinggi dan tiada yang lain melainkannya..oh!

p/s:dunia itu ibarat perempuan tua yang disolek..okk oh!

Thursday, July 1, 2010

10 BaNDaR RaYa PaliNG MaHaL...

(kemana destinasi anda ingin pergi..)

Buat kali pertama, tiga bandar raya Afrika termasuk dlm senarai 10 bandar raya paling mahal berdasarkan "Kajian Kos Kehidupan Sedunia Mercer".

10 Bandar Raya Paling Mahal Dunia..

1- Luanda, Angola
2- Tokyo, Jepun
3- Ndjamena, Chad
4- Moscrow, Russia
5- Geneva, Switzerland
6- Osaka, Jepun
7- Libreville, Gabon
8- Zurich, Switzerland
8- Hong Kong, China
10- Conpenhagen, Denmark


(kenapa ader no8 dua kali, sebab kedudukan mereka terikat seri..)

5 Bandar Paling Mahal Serantau..

Asia Pasifik
2- Tokyo, Jepun
6- Osaka, Jepun
8- Hong Kong, China
11- Singapore, Singapore
14- Seoul, Korea Selatan


Asia Barat / Afrika
1- Luanda, Angola
3- Ndjamena, Chad
7- Libreville, Gabon
13- Victoria, Seychelles
19- Tel Aviv, Israel


Eropah
4- Moscow, Russia
5- Geneva, Switzerland
8- Zurich, Switzerland
10- Copenhagen, Denmark
11- Oslo, Norway


Amerika
21- Sao Paulo, Brazil
27- New York, AS
29- Rio de Janeiro, Brazil
45- Havana, Cuba
55- Los Angeles. AS


(kedudukan Oslo gan Singapore turut terikat seri..)
sumber->Harian Metro 30/7/10

skrang korang dah tgok bukan, jadi kemanakah hala tuju korang selepas ini untuk berbulan madu, study, atau untuk melancong...



-------------------------------------------------------------------------

top 10 sahabat yang dijamin masuk syurga..

1- Abu BAkar Siddiq ra.
2- Umar Bin Khatab ra.
3- Usman Bin Affan ra.
4- Ali Bin Abi Thalib ra.
5- Thalhah Bin Abdullah ra.
6- Zubair Bin Awaam ra.
7- Sa'ad Bin Abi Waqqaf ra.
8- Sa'id Bin Zaid ra.
9- Abdurrahman Bin Auf ra.
10- Abu Ubaidillah Bin Jarrah ra.


kat atas tadi aku bagi list top 10 bandar yang paling mahal, skrang meh aku bagi top 10 sahabat yg dijamin masuk syurga..,
apa kena mengena semua nie erk.., yee.. memang ader kena mengena pasal aku nak korang tau juga 10 sahabat nie pastu hafal terus masuk kat benak kepala..(aku pon kadang2 lupa..okk oh!)

"buat aper bang nak hafal, dapat faedah ker..?"
yang tue korang jangan tanya aku., coz aku skadar nak sharing nilai2 yang pada diorang sehingga menyebabkan diorang dijamin masuk syurga..(hehe..erti hidup untk mmberi kan..so aku sharing laa).

aku rasa ader nama2 kat atas tue korang dah familiar dengar, tapi pernah tak korang terpikir nak jadi macam mereka tue.
"isk maner boleh bang, diorang para sahabat kita nie manusia biasa jer..iman pon tak kuat.."
hehe..mmg laa korang tak leh jadi sebijik macam mereka, lagi2 kalo korang perempuan..lagi lah tak same..(isk aper aku mengarut nie).. tapi yang aku pasti korang semua mesti nak masuk syurga kan.. so, korang baca jer laa nilai2 yang ader kat mereka2 nie..


kalo korang tgok, ketika rasulullah cakap dia gi isra mikraj, ramai tak percaya, kata rasulullah gila laa, meroyan laa, buang habitat laa..senang cakap kena kutuk habis laa..(kalo korang kena kutuk mesti moral down kan..) tapi bila abu bakar dengar jer cerita yang rasulullah alami tue, direct jer dia cakap ini cerita benar.., bukan tahyol, bukan cerita hanto, bukan auta tapi fakta maa..., pastu kalo tengok abu bakar nie sangat hyper active, hari nie dia masuk islam besok jer dah tarik orang lain masuk islam gak..tue pasal orang cakap kalo dikumpulkan iman seluruh manusia kat muka bumi nie, nescaya tidak dapat menandinggi iman abu bakar..
pasal apa.., pasal bila korang ajar orang buat baek maka pahala orang yang buat baek tue pon mengalir kat ko..macam ala-ala marketing level gitu..same jugak bila korang ajar orang buat jahat, makanya dosa orang yang buat jahat tue mengalir jugak kat tubuh korang..(isk..nie aku dengar member2 aku cerita, kalo salah tolong jolokkan err..)sebab tue kalo korang tengok, ramai kawan2 korang dok sebuk ajak korang buat baek, ajak gi smbahyang kat surau laa, gi dengar ceramah ugama, suruh korang tutup aurat laa, suruh korang belasah anak pak mat laa..oppss, yang nie tak..! tak masuk dlm list aku, senang cakap bnyak lagi laa kawan korang ajak sampai tak terhitung jari jemari daku(tiga malam tanpa bintang yeeH..).. kalo member korang ajak buat jahat plak, yang tue aku malas nak cerita..
tapi macam maner sikap korang plak bila diajak buat baek.., mesti nak memberontak kan..

"alaa..mak bapak aku tak ke surau pon, tak kan aku nak gi.."
"arrghh.,malas aku dengar ceramah, lagipon aku dah tau aper dia nak cakap.."
"tutup aurat..!! oh no..! nanti saya panas laa.."
"ye la2..nanti aku buat laaa.."
"bla..bla..bla....
"

berapa banyak daa alasan korang...smpai tak tercapai akal ku nak mendengarnya..hehehe..
lagi kalo berbentuk teguran lagi laa korang payah nak terima,, sememangnya manusia tue memang tak suka dditegur..(aku pon same..isk2)..

ok laa..malas aku nak tulis panjang2, sampai sini jer laa aku tulis..
"aik..!! baru cerita pasal abu bakar bang tak kan dah abis,maner cerita kisah sahabat yg lain.."
oppsss..!! maafkan aku, pasal aku memang suka membaca blog orang dari menulis blog sendiri..hehe...
(lain kali aku tulis laa kalo rajin..okk oh!)

-nantikan aku berjalan2 kat blog korang plak- p/s:biar sket, lama2 jadi bukit..hahaha..