"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Monday, July 19, 2010

NaSiHAt KeTiKA diPiNtA..

sedang aku melepak-lepak dengan housemate aku ptg tadi,
aku mendapat msg dari anak halaqah aku,

"salam shahrul, anta free tak malam nie, boleh tak kalo kita jumpa malam nie, sebab ader hal penting nak cakap.."

aku jadi tertanya-tanya, hal aper laa erk yg cam penting tue,
smpai nak jumpa dengan kadar segera,

"boleh, anta nak jumpa pkol baper..?"

"kita jumpa dalam pkol 8, kita cakap time makan.."


baru aku ingat, mlm nie aku ader perjumpaan dengan P.A,
ish, time nie laa ader perjumpaan P.A, ikutkan aku nak aje aku ponteng
perjumpaan P.A tue, sebab aku rasakan anak halaqah lebih memerlukan aku waktu nie, bunyi sms pon macam urgent jer..tapi bila memikirkan segala piority kedua2 nya.,
dan aku teringat yg sem lepas aku terlepas perjumpaan dengan P.A disebabkan lost
information, juga memikirkan keadaan aku yg tak stabil disini, maka aku
cuba memutuskan keputusan dengan sebaeknya..

"hmm..maaf akh, pkol 8 nie ana ader perjumpaan dgn P.A, nanti lepas balek
ana terus gerak bilik anta, kita jumpa kat sane jer err.."

"ok, ana tunggu nanti.."


6 hak sesama muslim
1-memberi salam
2-memenuhi undangan
3-memberi nasihat
4-mendoakan orang bersin
5-ziarah orang sakit
6-mengiringi jenazah

(hadis baihaqi)

--------------------------------------------------------------------------------

seusai balek dari perjumpaan P.A, aku terus bergerak laju menuju ke apartment ank halaqah
aku, tak lupa juga untuk aku membawa buah apel yang aku dpt drpd program perjmpaan tu
sebagai buah tangan., sebenar terliur jugak aku tengok buah apel tue..hehe..,
takper berkorban laa sket, kan ciri2 seorang murabbi tue seharusnya ader sifat abi,
mudah-mudahan modal sebiji apel nie dapat mengembirakan hatinya dan meredakan sedikit masalah yg dihadapinya..

memang kebiasaan aku, bila datang mengziarahi anak halaqah aku, pasti akn ku bawa sedikit buat tangan buat mereka..(hehe..sebenarnya bila ader buah tangan baru aku gi ziarah).. benda nie pon aku belajar dari seorang ikhwah, dan aku praktikankan dengan sebaeknya, ku harapkan juga agar
nilai2 berkunjung dengan membawa buah tangan dapat juga diterapkan oleh anak halaqah aku suatu ketika nanti..

dipendekkan cerita, rupanya ank halaqah aku mghadapi masalah pelajaran dan kewangan..
ptptn untuk sem nie sangkut pasal pointer bawah 2.0.. kecian kan anak halaqah aku
nie, kata dia takder saper nak dengar masalah dia nie.. tue yang dia panggil aku supaya
dapat membantu dia..

aku walaupon takder laa sehebat maner, just bagi pendapat dan cuba memotivasikan diri dia..,
bagi aku, bila dah masuk u nie mmg banyk hidup sendiri2, kalo dulu masa sekolah mungkin sahaja kalo kita jatuh akan ader orang yg gelakkan kita, dan ader juga yg meghulurkan bantuan untuk membantu.. tapi bila dah masuk u nie, kalo kita jatuh, jgan cakap orang nak tolong,orang nak gelakkan pon takder..
memang banyak kena survive sendiri..oh!

-------------------------------------------------------------------------------------

hari ini perjumpaan semua ikhwah diadakan, tujuannya adalah untuk menyusun semula
dan merombak semua halaqah, dan yang pasti juga hari ini adalah hari terakhir aku
menjadi murabbi kat ank halaqah aku nie..

semasa dalam perjalanan ke perjumpaan tue, aku mula bertanya pasal masalah yang
dihadapinya beberapa hari lalu..alhamdulillah, lega aku rasa, masalah yang dihadapinya
sudah tertungkai dengan baek..segala pujian buat mu ya ALLAH kerana menjadikan aku
sebagai asbab kepada jalan keluar segala kekusutan yang dihadapinya..

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. (HR.Muslim)

ketika sudah berakhirnya perjumpaan tue, kami semua bersalaman ala2 semut gitu..hehe..
dan tiba2 ank halaqah aku ni memberi aku sebuah bag yang terisi didlm nyer makanan..
erk! terkedu aku jadinya..,aku tanyalah apa benda nie.., "baek2 dlm nie ada makanan.."bagtau
ank halaqah aku.."terima kasih yee"

setelah aku hantar anak halaqah aku balek ker apartment dia, aku terus memecut pulang..
hehe, tak sabar nak tgok isi dlm beg tue.. jeng2.. nasi ayam yang dibawa dari rumah..
terharu aku..oh!,..
ingat juga ank halaqah aku nie kat aku.. dan yang penting sekali
nilai2 yang aku cuba terapkan kepada dia, berjaya dia praktikan..tak sia2 aku tarbiyah
dia selama nie.. diharap walaupon dah bertukar murabbi, ukhwah akan tetap terjalin mesra..
dan doa akan kukirimkan selalu buat mu dan ikhwah yang laen agar teguh diatas jalan ini..

p/s:masih mencari anak halaqah yang baru..

5 comments:

ibnusina said...

Salam..

semoga ketemu cinta sejati itu..

mir_ah said...

salam..
truskan semangat akh utk mncari
anak2 halaqah..
ana kagum dgn akh..
skrng rmi y memerlukan pembimbing
tp skrng x rmi y nk jd pembimbing..
salam ukhuwah..

shahniz said...

ibnusina-masih dlm perjalanan yg penuh pendakian..

mi_rah-inyaallah, perjuangan masih belum selesai.., same2lah kita menjadi pembimbing itu..

mir_ah said...

yuk!!
sme2 kita mem'popular'kan agama islam nie..
bangkitkan agama islam
tunjukkan pd y bkn penganut agama islam betapa hebatnya agama islam ni..=D

shahniz said...

bagus2..
semangat2 pemuda dan pemudi begini laa yang kita mau...

-hikmatus syuyukh wa hamasatusy syabab-
pengalaman dan kepakaran orang2 tua, diadun dgn semangatnya para pemuda..