"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Friday, August 27, 2010

10 AmalAn YanG TErBAleK..?

-masih dalam suasana menyambut ramadhan-

Semalam aku dan kawan2 telah pergi bersilaturrahim dirumah seorang sahabat yang baru balek dari mesir. Erh..., lebih tepat lagi sebenarnya kami diundang untuk berbuka dirumah beliau.

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

walaupon kami datang agak lewat sedikit (sampai2 sudah beberapa minit waktu berbuka), Mesti tuan rumah risau punya, kalau2 kami tak jadi datang nanti siapa la nak habiskan makanan yang telah disediakan..

Setelah kami hampir selesai makan, tetiba bapak tuan rumah bersuara.
"Kalau tak tambah maknanya tak sedap.."
kata2 tue disambut gelak ketawa oleh aku dan yang lain.. haha, mana boleh tak tambahkan. Objectif utama datang memang nak makan, so kena lah tambah sampai kenyang. (oppsss, salah tue kami datang nak silaturrahim bukan nak makan jer..).

selang beberapa ketika, bapak tuan rumah bersuara lagi. Aku tak ingat dia cakap apa, tapi lebih kurang maksud yang hati dia lebih gembira kalau makanan yang ada dapat dihabiskan. Jadi tetiba aku teringat 10 perkara terbalek yang selalu orang buat. Korang boleh baca sendiri, lepas tue fikir2kan lah.

Jadi terimalah dari aku yang serba hina dina nie...

10 AMALAN YANG TERBALIK..


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut
telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk
mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan
yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir
.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.



sudah habis dibaca ka..? amacam ada kena batang hidung sendiri.. Jadi memandangkan aku taknak jadi orang yang terbalek, aku pon try la cuba habiskan makanan yang sedia ada...


Oh..! satu lagi lupa nak cakap, prinsip aku "kalau malu, lapar laa jawabnya..."


p/s:sebenarnya aku nak letak pic masa pegi iftar(buka pose) tue.., tapi gambar tue tak leh copy plak dari profile member aku..

Monday, August 23, 2010

adakah ini sebahagian dari satu pencarian..?

-saat suasana ramadhan yang semakin suram-



semalam aku baru balek dari program ihya ramadhan.. memang penat betul bila balek tue. almaklumla aku jadi mas'ul program kot. semua nak kena lead.. semua nak kena arah, kalau silap arahan alamat huru hara laa program nanti jawabnya..

ok laa, program nie kita orang buat kat masjid selat melaka.., siapa yang duduk melaka tapi tak pernah pergi masjid nie korang memang rugi.. masjid yang penuh kesenian dan kedudukannya ditepi laut memang best laa senang cakap.


erh.., korang tahu ker maksud ihya ramadhan tue apa..? kalau berdasarkan pencerapan yang aku buat.. ihya ramadahan nie maksudnya hidupkan ramadhan. betul tak betul waallahualam. korang boleh tanya sendiri ustaz google.

selepas terawih ada sedikit pengisian dari Ustaz Ahmad bin Zainal Abidin.. kalau tengok dekat hujung pic tue kelihatan seseorang yang sedang tidor.., dia nie memang suka tidor time pengisian. nasib baek muka tak nampak. so, korang pon tak tau siapa dia..hanya aku yang kenal kot budak tue..haha.. (kalau kenal diam2 jer..)

ok, korang pedulikan budak dua orang tue kat situ. aku tak nak mengumpat pasal diorang. berdosa tau.. korang perhatikan kawasan yang menghadap laut tue. pastu korang bayangkan sedang solat tahajud disitu dimalam hari. angin lembut bertiup-tiup lembut menyapa tubuh korang. Hati pula begitu tenang sekali. Dengan sayu korang membacakan ayat2 suci al-quran. Kalau dapat baca surah Ar-Rahman best juga (surah yang paling aku suka) lagi sayu hati korang..try la buat..

pengisian seterusnya, dari akh Lukman. Tajuk pengisian "Kepentingan Tarbiyah". Ada juga menyentuh pasal ISK(ini sejarah kita). walaupon pada mula nya agak kelam kabut sedikit kerana projekter bermasalah tapi dapat di cover baek dipertengahannya..

ingat nak ambil gambar menghadap laut. Tapi lain pula jadinya.


selamat pulang kawan-kawan semua. aku harap diakhir program nie, semangat menyambut ramadhan terus meningkat dan lebih banyak amal yang diperbuat..


p/s:biar amal yang berbicara...

Friday, August 20, 2010

BesOk HarI Ulang TAhUn SiapA..?

ketika kita disini masih merasa nikmatnya berbuka....
ketika kita disini masih merasa nikmatnya udara..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya kesihatan..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya tinggal dirumah..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya berkeluarga..
(erk..! teringat family..oh!)..


maka nikmat tuhan yang manakah aku dustakan...


ketika kita asyik memikirkan esok nak makan apa..
ketika kita sakit mudah2 jer nak pegi klinik..
ketika penat berjalan terus menahan taxi..
ketika rasa bodoh terus pegi belajar..


maka, apa kaitannya semua nie...


kerana apa yang korang rasa, yang kat sana tak dapat nak bau pon...


tapi yang pasti diorang yang kat sana tak bersendirian...


PENGUMUMAN PENTING...!!!
"Dengan ini, saya mewakili mohor2 diraja.. ingin mengistiharkan..bahawasanya....
jeng..jeng... besok hari ULANG TAHUN PERKAHWINAN SITI NURHALIZA..!!!..



erh..!! silap2..bukan tue aku nak inform kan...
tapi esok adalah hari AL-QUDS SEDUNIA..

(pasal siti tue cerita lain..)

besok 21 ogos, pada setiap tahun merupakan HARI AL-QUDS SEDUNIA atau Remembrance of AL-Quds (ROO) yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid AL-AQSA yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan.. yang konon2 nya dikatakan gila..
(ohh..kau belum tengok lagi kalau umat islam nie menggila..)

sebagai umat islam, isu palestin merupakan isu "Akidah" yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat islam kerana kedudukan Masjid al-aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam islam, kiblat pertama kita, Tanah Anbiya dan pusat pemerintahan dunia islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.



KRONOLOGI SEJARAH PALESTIN...

638M
Khalifah Umar membebaskan Palestin dari Empayar kufur Byzantin secara aman. Rakyat Palestin (Muslim, Yahudi, dan Kristian) menikmati taraf keselamatan, kestabilan, kesejahteraan dan keselesaan yang tinggi..

661M
Khalifah Bani Ummaiyah memerintah Palestin..

750M
Khalifah Bani Abasiyah memerintah palestin..

969M
Kerajaan Fatimiyah yang berpusat di mesir merampas Palestin dari Bani Abasiyah.

Tentera Salib menawan Palestin dengan bantuan Kerajaan Fatimiyah. Perjajahan ini telah membunuh dan menindas ribuan orang islam. Diterapkan undang2 kufur dengan paksaan dan berlaku penindasan dibumi palestin yang penuh berkat..

1057M
Panglima islam Salahhuddin al-Ayubbi membebaskan semula bumi palestin dari tentera kerajaan salib di Hittin.
(hero aku laa nie..)

1517-1917M
Palestin di bawah Khilafah Turki Othmaniyah.

1897M
Gelombang pertama kemasukan pendatang Yahudi Zionis di palestin. sebahagian besar merek datang dari Eropah Timur.

1897M
Persidangan Zionis antarabangsa,(WZO) di Basle, Switzerland, memutuskan untuk mendirikan negara Yahudi diatas bumi palestin. Dipengerusikan oleh Theodore Herzl - yahudi berbangsa Hungary. Zionis memilih Palestin sebagai 'Jewish Nation'.

1901M
Delegasi Rejim Zionis la'natullah yang diketuai oleh Theodore Hertzl menemui Sultan Abdul Hamid 11 untuk meminta bumi palestin menjadi tanah air Yahudi. Hertlz menawarkan harta berupa emas dalam jumlah yang banyak dan sanggup melangsaikan hutang Daulah Uthmaniyah sebagai ganti. Sultan Abdul Hamid 11 menolak dengan menegaskan bahawa beliau lebih rela ditusuk dengan besi dari melepaskan palestin.

1915M
Surat menyurat diantara Sir Henry MacMahon, pesuruhjaya british di kaherah, dan Sharif Hussein (mekah). Dia menjanjikan pemerintahan arab di Palestin apabila ianya dibebaskan daripada Khilafah Islam Turki. Tapi orang Arab harus membantu Inggeris dalam Perang Dunia 1 melawan Khalifah.

1918M
British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan Khalifah Othmaniyah dari bumi palestin. Rejim British menjajah Palestin dan Rejim Zionis memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai ke palestin.

1924M
Kejatuhan Daulah Khilafah Othmaniyah. Kesengsaraan dan penganiayaan ke ats umat islam seluruhnya bermula.

1938M
PBB iktiraf negara haram yahudi israel. Membahagikan hak penempatan dipalestin, 54%-yahudi (kawasan pantai dan subur) dan 45% penduduk arab.

Rejim Zionis la'natullah mengistiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri diatas bumi palestin yang dikenali sebagai israel.

ratusan ribu orang islam telah dihau keluar daripada bumi palestin dengan mengunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas yahudi. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

HARI INI..
hinggalah sekrang..
Kesengsaraan dan penganiayaan umat islam di palestin berterusan.....


bangunlah wahai kawan..
telah terlihat segala mehnah yang mendatang..
ombak badai turut menerpa..
kerosakan sudah jelas kelihatan..
makanya kenapa kau tenang bersahaja...

awan biru telah bertukar warnanya..
kian merah seolah ada pertandanya..
angin bayu juga tidak lagi selembut semalam..
kian garang melulu kesemuanya..
makanya kenapa kau tidak merasakanya..

kisah semalam sememangnya tak perlu dikenang..
tapi sejarah islam penuh kegemilangan...
makanya perlukah kita lupakan juga..

bangkitlah wahai kawan..
bangkitlah wahai teman..
bangkitkan lah semangat pemuda mu..
Ayuh..!!!

Friday, August 13, 2010

DiManA Anak aNdA BeRadA SeKAraNg..?

-ketika nikmat ramdhan masih lagi dapat dikecapi-

tadi seusai aku solat magrib, aku terima mesej dari adek aku..

"Abg ada amik al quran adk yg kcik yg abg bg tu x?"

"Erk..!
Haha..abg pnjam laa...Sory2..Nape nk gna ke..?

"Dh agak dah..Ptot r x de kt umah..yela..nak gne..ish3..dh kne pkai yg bsr pny.."

"Hehe..nant blek abg kasi plang semula err..Pkai la dlu quran besar tu dlu..lgpn brabuk kalo x di gna.."

"Hohoho..ok2.."
(perbualan dua insan tamat..)

******************

awal ramdhan nie, aku mengambil keputusan untuk tidak pulang berpuasa bersama keluarga, dan ini sebenarnya melangar etika2 dalam hidup aku, kerana kebiasaan nya pasti aku cuba untuk pulang ke rumah walau barang seketika cuma. Tapi beban yang aku pikul semakin berat, amanah dan kepercayaan terletak dibahu aku dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk mengimbangi setiap daripadanya.

kerinduan pada keluarga tercinta semakin menebal, aku ingin pulang. Lebih2 lagi, aku melihat ramai student telah pulang kerumah menemui keluarga masing2. Ini dapat dilihat apabila jemaah dimasjid berkurangan dan lebih ketara lagi apbila saf2 yang penuh ketika terawih hanya tingal 2 saf sahaja., erk..! hati aku sayu..masih rasa nak balek..

fikiran aku kusut, hanya bacaan quran dapat menenangkan fikiran dan hati aku saat ini. tenang.. tenang.. dan cuba laa tenang ok..

p/s:macam mana nak study kalo macam nie laa gayanya..

Friday, August 6, 2010

Polis Malaysia AlAf 2020...?

-tahap kebosanan telah meningkat..,lalu aku mengexplore laptop aku..-

alkisah.., suatu hari aku berjalan-jalan kat mahkota parade, aku sangat terkejut beruk apabila terlihat sekelompok manusia berpakaian hitam sedang melakukan perbarisan.., lantaran sifat ingin tahu yang mendalam sangat mengerakkan aku untuk bertanya pada orang sebelah..

"bang, ada pesta apa kat sini..? ramai betol orang..."

"owh..! hari nie ada hari polis sedunia.. kau tak nampak ker kakak2 polis sedang buat pebarisan tue...?"

"aiks..! mana..? tak nampak pon kakak2 polis dengan baju biru kat sini..?"

"erh..! ko nie biar betol.., tue depan mata kau tu bukan ker..?"

aku yang terkejut beruk tadi bertambah pelik bin hairan cucu kepada sudin ajaib terlopong mulut... mata terkebil-kebil.. erh.., terkelip-kelip juga.., adakah aku sudah back to future..? kerana merasakan perkara ini harus dipublish kan kepada orang ramai.. maka, aku dengan inisiatif diri sendiri kononnya lah telah menangkap gambar2 kakak polis nie.. lalu tunjuk kat korang..


bersemangat betol kakak2 nie kawad...





squad akan melepaskan das...tembak jgn tak tembak..!

erk..! aku pon tak tau diorang tengah buat apa..korang tau..?


dalam kelembutan tersembunyi kekuatan..takder can nak buli kakak2 nie.. (tempur tanpa senjata..)

bukan mata kami yang menglihat, tapi hati kami yang melihat..


diluar nya nmpak tenang, didalam nya hnya tuhan saja tahu..

memang bergaya kan..,rasa macam dalam movie jer

p/S:hehe..nie sebenar gambar polis wanita Iran..aku jumpa masa explore laptop aku..