"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Friday, August 27, 2010

10 AmalAn YanG TErBAleK..?

-masih dalam suasana menyambut ramadhan-

Semalam aku dan kawan2 telah pergi bersilaturrahim dirumah seorang sahabat yang baru balek dari mesir. Erh..., lebih tepat lagi sebenarnya kami diundang untuk berbuka dirumah beliau.

rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

walaupon kami datang agak lewat sedikit (sampai2 sudah beberapa minit waktu berbuka), Mesti tuan rumah risau punya, kalau2 kami tak jadi datang nanti siapa la nak habiskan makanan yang telah disediakan..

Setelah kami hampir selesai makan, tetiba bapak tuan rumah bersuara.
"Kalau tak tambah maknanya tak sedap.."
kata2 tue disambut gelak ketawa oleh aku dan yang lain.. haha, mana boleh tak tambahkan. Objectif utama datang memang nak makan, so kena lah tambah sampai kenyang. (oppsss, salah tue kami datang nak silaturrahim bukan nak makan jer..).

selang beberapa ketika, bapak tuan rumah bersuara lagi. Aku tak ingat dia cakap apa, tapi lebih kurang maksud yang hati dia lebih gembira kalau makanan yang ada dapat dihabiskan. Jadi tetiba aku teringat 10 perkara terbalek yang selalu orang buat. Korang boleh baca sendiri, lepas tue fikir2kan lah.

Jadi terimalah dari aku yang serba hina dina nie...

10 AMALAN YANG TERBALIK..


1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana
Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga
simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut
telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk
mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri
tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang
ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum
dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan
yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang
supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir
.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan
setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah
yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan
puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa.
Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau
anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu
hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru
tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi
kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun
menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih
berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak
lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak
ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini,
rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan
yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.



sudah habis dibaca ka..? amacam ada kena batang hidung sendiri.. Jadi memandangkan aku taknak jadi orang yang terbalek, aku pon try la cuba habiskan makanan yang sedia ada...


Oh..! satu lagi lupa nak cakap, prinsip aku "kalau malu, lapar laa jawabnya..."


p/s:sebenarnya aku nak letak pic masa pegi iftar(buka pose) tue.., tapi gambar tue tak leh copy plak dari profile member aku..

6 comments:

matpek said...

menarik....

Humanity Life said...

memang menarik.. hahaha seronok saya membacanya, mungkin xramai yang tahu perihal nie. kan kan! moga2 sapa yg terbaca arap2 lekas2 elak!

.sYaFiQ. said...

err..nasib baik x terkena batang hidung..hehe..
bol2..skang ni sume dh terbalik..
antara adab dan adat..mana yang dahulu?

ieQa sWetLuv said...

nice sharing =)

iRfan Johan said...

good entry..mmg da terbalik sume...huhu! nk btol kan da susah la..sbb da lame diterapkan lam masyarakat

shahniz said...

takper..nanti kalo dah ader anak.. jgn diterapkan lagi benda yg terbalek nie..hehe