"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Friday, August 20, 2010

BesOk HarI Ulang TAhUn SiapA..?

ketika kita disini masih merasa nikmatnya berbuka....
ketika kita disini masih merasa nikmatnya udara..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya kesihatan..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya tinggal dirumah..
ketika kita disini masih merasa nikmatnya berkeluarga..
(erk..! teringat family..oh!)..


maka nikmat tuhan yang manakah aku dustakan...


ketika kita asyik memikirkan esok nak makan apa..
ketika kita sakit mudah2 jer nak pegi klinik..
ketika penat berjalan terus menahan taxi..
ketika rasa bodoh terus pegi belajar..


maka, apa kaitannya semua nie...


kerana apa yang korang rasa, yang kat sana tak dapat nak bau pon...


tapi yang pasti diorang yang kat sana tak bersendirian...


PENGUMUMAN PENTING...!!!
"Dengan ini, saya mewakili mohor2 diraja.. ingin mengistiharkan..bahawasanya....
jeng..jeng... besok hari ULANG TAHUN PERKAHWINAN SITI NURHALIZA..!!!..



erh..!! silap2..bukan tue aku nak inform kan...
tapi esok adalah hari AL-QUDS SEDUNIA..

(pasal siti tue cerita lain..)

besok 21 ogos, pada setiap tahun merupakan HARI AL-QUDS SEDUNIA atau Remembrance of AL-Quds (ROO) yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid AL-AQSA yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland, Dennis Michael Rohan.. yang konon2 nya dikatakan gila..
(ohh..kau belum tengok lagi kalau umat islam nie menggila..)

sebagai umat islam, isu palestin merupakan isu "Akidah" yang selayaknya dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat islam kerana kedudukan Masjid al-aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam islam, kiblat pertama kita, Tanah Anbiya dan pusat pemerintahan dunia islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.



KRONOLOGI SEJARAH PALESTIN...

638M
Khalifah Umar membebaskan Palestin dari Empayar kufur Byzantin secara aman. Rakyat Palestin (Muslim, Yahudi, dan Kristian) menikmati taraf keselamatan, kestabilan, kesejahteraan dan keselesaan yang tinggi..

661M
Khalifah Bani Ummaiyah memerintah Palestin..

750M
Khalifah Bani Abasiyah memerintah palestin..

969M
Kerajaan Fatimiyah yang berpusat di mesir merampas Palestin dari Bani Abasiyah.

Tentera Salib menawan Palestin dengan bantuan Kerajaan Fatimiyah. Perjajahan ini telah membunuh dan menindas ribuan orang islam. Diterapkan undang2 kufur dengan paksaan dan berlaku penindasan dibumi palestin yang penuh berkat..

1057M
Panglima islam Salahhuddin al-Ayubbi membebaskan semula bumi palestin dari tentera kerajaan salib di Hittin.
(hero aku laa nie..)

1517-1917M
Palestin di bawah Khilafah Turki Othmaniyah.

1897M
Gelombang pertama kemasukan pendatang Yahudi Zionis di palestin. sebahagian besar merek datang dari Eropah Timur.

1897M
Persidangan Zionis antarabangsa,(WZO) di Basle, Switzerland, memutuskan untuk mendirikan negara Yahudi diatas bumi palestin. Dipengerusikan oleh Theodore Herzl - yahudi berbangsa Hungary. Zionis memilih Palestin sebagai 'Jewish Nation'.

1901M
Delegasi Rejim Zionis la'natullah yang diketuai oleh Theodore Hertzl menemui Sultan Abdul Hamid 11 untuk meminta bumi palestin menjadi tanah air Yahudi. Hertlz menawarkan harta berupa emas dalam jumlah yang banyak dan sanggup melangsaikan hutang Daulah Uthmaniyah sebagai ganti. Sultan Abdul Hamid 11 menolak dengan menegaskan bahawa beliau lebih rela ditusuk dengan besi dari melepaskan palestin.

1915M
Surat menyurat diantara Sir Henry MacMahon, pesuruhjaya british di kaherah, dan Sharif Hussein (mekah). Dia menjanjikan pemerintahan arab di Palestin apabila ianya dibebaskan daripada Khilafah Islam Turki. Tapi orang Arab harus membantu Inggeris dalam Perang Dunia 1 melawan Khalifah.

1918M
British dan pakatan nasionalis Arab telah menyingkirkan Khalifah Othmaniyah dari bumi palestin. Rejim British menjajah Palestin dan Rejim Zionis memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai ke palestin.

1924M
Kejatuhan Daulah Khilafah Othmaniyah. Kesengsaraan dan penganiayaan ke ats umat islam seluruhnya bermula.

1938M
PBB iktiraf negara haram yahudi israel. Membahagikan hak penempatan dipalestin, 54%-yahudi (kawasan pantai dan subur) dan 45% penduduk arab.

Rejim Zionis la'natullah mengistiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri diatas bumi palestin yang dikenali sebagai israel.

ratusan ribu orang islam telah dihau keluar daripada bumi palestin dengan mengunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas yahudi. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

HARI INI..
hinggalah sekrang..
Kesengsaraan dan penganiayaan umat islam di palestin berterusan.....


bangunlah wahai kawan..
telah terlihat segala mehnah yang mendatang..
ombak badai turut menerpa..
kerosakan sudah jelas kelihatan..
makanya kenapa kau tenang bersahaja...

awan biru telah bertukar warnanya..
kian merah seolah ada pertandanya..
angin bayu juga tidak lagi selembut semalam..
kian garang melulu kesemuanya..
makanya kenapa kau tidak merasakanya..

kisah semalam sememangnya tak perlu dikenang..
tapi sejarah islam penuh kegemilangan...
makanya perlukah kita lupakan juga..

bangkitlah wahai kawan..
bangkitlah wahai teman..
bangkitkan lah semangat pemuda mu..
Ayuh..!!!

5 comments:

amira said...

bersamalah kita mendoakan kemenangan umat islam di sana.. sumbangkan harta..apalah sangat harta kita dibandingkan dengan nyawa mereka..

amira said...
This comment has been removed by the author.
shahniz said...

inyaallah..
teruskan berdoa untuk mereka..
dan jangan lupa kerja kita di sini juga...
-teruskan perjalanan-

mir_ah said...

hahaha..
klaka lak..
BTW..mri kita sme2 doakan utk saudara kita di palestin..
kemenangan itu milik islam!!

shahniz said...

hahaha...
(erh..apa yg klakar..)..
ayuh.kita semua berdoa untuk mereka..