"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, September 22, 2010

Maaf..! SayA sUdAH Ada IsTeRi...

(maaflah kalau aku lambat bagitau yang aku sudah ada isteri...)



Setiap kali cuti menjelang, semua pulang menuju kampung halaman masing2. Tidak kira la apa jua status anda. Seorang student mahupun engkau seorang pekerja, yang pasti juga tika mana engkau pulang ke halaman masing2, segala khabar berita saling di update bersama. Dari soalan umum sehinggalah soalan2 berbentuk peribadi. Belajar macam mana, ok ker tak ok. Kerja kat tempat baru dah boleh accept ker belum, duit belanja cukup ker tidak, cuti berapa lama dan macam2 lagi daa..

Tapi bagi aku tue semua hanyalah soalan umum sahaja. Bagi seorang bujang yang macam aku nie ada satu soalan yang aku tak boleh berkata apa. Soalan yang yang aku paling takut sekali apabila ada yang bertanya. Setiap kali soalan itu diajukan aku hanya mampu tersenyum sinis, tidak menganguk tak juga mengeleng. Aku tahu korang mesti tahu apa soalan tue...ya, soalan mengenai siapa awek aku?. Siapakah dia sebenarnya awek aku tue...

Bagi masyarakat skrang, bagi seseorang seperti aku seharunya sudah pasti tengah hangat bercinta. Andai kata aku mengatakan yang aku masih single pasti mereka tidak percaya, baik dari makcik2 aku, jiran tetangga dan lebih lagi rakan2 lama. Teringin aku nak bagitau kat diorang yang couple tue tak boleh disisi islam.. Namun apa kan daya, sudah pasti mereka tidak boleh menerimanya....(Untuk Mu..)

Jadi sebagai seorang yang ditarbiyah. Aku dah jumpa solusi bagi masalah aku tue. Selepas ini kalau mereka bertanya lagi, Aku akan berkata...

"SAYA MANA ADA AWEK...!!! ISTERI ADA LAAAAA"..



Dengan penuh hairan dan ajaibnya kerana mereka tidak pernah pon diberitahu mahupun dijemput ke walimah aku..terus sahaja akan bertanya...

"Wah..wah..! siapakah gerangannya yang bertuah tue?"


dengan penuh yakin aku menjawab......

Jeng..jeng..jeng...ISTERI SAYA IALAH...











----------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa rakan2 aku di facebook hari itu ada menegur aku.., "shahrul aku tengok sejak akhir2 nie kau asyik cerita pasal nikah jer..". Maaflah, aku memang sengaja berbuat demikian, kerana aku dalam usaha menangani gejala sosial yang semakin menular hingga ke urat2 sarat nie, perlu ada satu jalan alternatif. Aku tahu kalau aku cakap yang couple tue tak boleh pasti korang susah nak terima.., jadi aku mengalakkan korang untuk menikah walaupon di usia muda remaja ini. Biar korang nampak yang kahwin di usia korang ini bukan sesuatu yang pelik. Jadi, tugas aku hanyalah memprovoke korang dengan semangat untuk menikah awal..

Bila dah masuk cerita bab nikah nie, ada seorang kawan sebaya aku nie, bila masa sudah ditarbiyah dan mengetahui tentang couple maple nie. Tup..tup tahu2 jer dia dah nikah lepas cuti sem hari tue. Dia cakap, lepas nikah nie hati pon tenang jer.. makin ceria aku tengok dia. Lepas tue dia tarik plak isteri dia tue join tarbiyah.. Sebenar, banyak lagi cerita kawan2 aku yang lain yang lebih kurang sama. Tapi ini cerita yang latest dan dan lebih dekat dengan aku.




salingan.....




Pernah dulu ketika aku sedang membalas mesej dari seorang rakan(ikhwah). Tak pasal2 makcik aku ingat yang aku sedang main mesej dengan awek aku. Ada juga time aku ader program daurah yang memerlukan aku pulang sedikit lewat time cuti menyebabkan aku kena assume tinggal kat umah awek aku. Yang aku tak bleh blah plak lagi bila aku diassume oleh mak ayah serta makcik2 aku yang aku ada awek di melaka nie, sebabnya aku belajar ketika di matrik di melaka dan bila masuk U pun nak kat melaka juga. Diorang suruh aku masuk UTHM dekat sket, tapi aku tak nak. Hmm.. layan kan jer laa..




p/s:agak2 mereka boleh terima ker kalo aku cakap itu isteri aku..


p/s::aku harap bila dah sampai time isteri kedua tue, tak mengurangkan sedikit pon cinta aku pada isteri pertama nie.
p/s:kuata isteri aku masih ada 4 lagi ker erk..

KeNa RasuK


ketika aku sedang leka bermain-main dengan ladtop, datang seorang sahabat aku lalu singgah di tepi belah kanan ku. Berpakaian agak kemas lagak seperti ada temu duga yang bakal dihadapinya. Jaket hitam ditambah pula dengan korpiah hitam yang ada logo ala-ala tranformer gitu. Lalu aku yang sedang kehairanan memandangnya terus.....


"erh..! Basri kau nak pergi mana lawa-lawa malam nie, ada temu janji dengan sesiapa ker..?"
(temu janji yang dimaksudkan adalah meeting)


"Aku nak pergi TTU3 jap.."


"aik.! nak buat ape pergi sana? bukan tue tempat perempuan ker..?"


"hehe..adalah..."


Dengan pantas aku yang sedang ligat berpikir terus menduga...


"Ada budak perempuan kena rasuk ker..?"


"hehe...."
Dengan senyuman Basri terus meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga..


"Weiii Basri...!!!!!"
Dengan sepantas jari aku menaip di keyboard aku mengejar Basri..



Tekaan aku tepat....






-----------------------------------------------------------------------------------



Inilah pengalaman first aku berdepan dengan orang yang kena rasuk, dalam pemikiran aku nie penuh dengan pikiran yang bukan2. Tugas aku jadi pak guard ke2 yang jaga pintu. Oh! tak lupa aku nak bagitau, boyfriend budak pompuan tue pon ade kat situ. Dia jadi pak guard 1 yang mengawal awek dia tue dari keluar dari bilik.



Basri plak terkumat kamit membaca jampi serapah kat air botol. Dia cakap baca ayat kursi 7x dengan ayat2 dari ma'thurat seket. Alhamdulilllah, lepas minum air tue nasib baek budak tue ok..



Aku yang pertama kali tengok benda2 nie plak, macam2 yang aku pikir. Budak tue terjah kita orang and then melarikan diri. Lepas tue dia masuk hutan..tau2 jer lepas tue terus tak jumpa2.. jumpa pon lepas dia jadi mayat. oh! aku bayangkan juga kalo tetiba budak tue meronta-ronta macam orang gila lepas tue sepak terajang semua yang ada. Isk2., macam2 la yang aku pikirkan, lebih kurang semua cam dalam cerita hantu melayu laa senang cakap..Ada orang jerit2, ada terbang2, semua laaaa.. Tapi nasib baek perkara cam dalam cerita hantu melayu tue tak terjadi. Besar juga pengaruh tv nie rupanya oh!


Boleh dikatakan goyang juga la kepala lutut aku nie tengok orang kena rasuk nie. Suara dia bukan main garang lagi. Tenungan mata dah macam pisau daa, bukan main tajam lagi. Tapi nasib baek la Jin nie bukan tahap hokage punya.


Aku rasa juga jin nie boleh dikatakan baek juga la. Pasal ada ker patut tetiba pakwe budak tue suruh kawan budak pompuan nie tolong bukak tudung dia pasal dia kata panas. Nasib baeklah dia tak nak.. Siap marah2 lagi.. ( nasib baek laa jin tue tak cakap, "wei sengal tak tau ker rambut tue aurat..!!!" hahaha..)..


Lepas beberapa ketika, baru la sedar sedikit budak pompuan tue. Lepas kena pujuk minum air jampi, pastu lepas dia cakap2 dengan mak dia guna loud speker enset.. lepas badan dia dah agak lemah.. dan aku plak lepas tue kena pergi kedai mamak gi beli Horlick panas pasal mak dia suruh beli....


Diakhir peristiwa, aku diceritakan sebelum budak pompuan tue kena rasuk dia ada cakap yang ada benda nak datang kat dia. Meremang bulu betis aku dengar... aku yang baru jumpa momok dalam mimpi pon dah seram sejuk.. nie kan plak kalo ada benda2 nie datang direct jer di alam nyata.


konklusi yang aku boleh buat, amalkan lah selalu membaca al-mathurat pagi dan petang, sebab ayat dalam tue kawan aku, basri dia cakap ayat2 tue semua power2. Tua la pasal agaknya Rasulullah sendiri selalu amalkan. Juga menjadi list dalam mutabaah halaqah aku. Tapi aku selalu baca nak tak nak jer..lepas nie kena baca betul2 jangan main2 lagi.

p/s:harap ko jangan la datang dalam mimpi aku malam nie..

Tuesday, September 21, 2010

HargailaH MasA YanG AnDa AdA...

(dengan selincah mungkin aku menaip..)

Hari pertama aku dibumi melaka nie dah penuh dengan kesibukan..
huru hara jadinya..
assignment berlambak perlu disetelkan dalam minggu ini juga..
start dari 10 pagi hari ahad sampai pkol 1.45 tengah hari isnin tadi..
lepas tue baru lah dapat tidur..


Rasa mata aku pon berpinau-pinau juga lah jadinya..
badan pon dah menggigil macam orang kesejukan..
mata stim jerr ditambah kemerahan biji saga..
jantung plak.., dah macam tak cukup tenaga nak pam darah aku..
dah macam mak gian dah aku rasa..oh!



erhhh...! apa ko buat time cuti nie..
esok nak kena antar assignment baru nak buat ker..?



memang padan laa muka ko..!!!


maaflah.., aku bukan sengaja tak nak buat assignment time cuti hari tue..
sebagai bukti, aku sanggup penuhkan beg aku yang comel tue dengan buku2 pelajaran..
lepas tue bawak buku2 tue naek motor sama2 dengan aku pulang ke rumah..


habis kenapa assignment tak siap jugak..?


mula2 balek memang semangat nak belajar..
tapi time sampai umah jer..lain plak jadinya..
mood study hilang..
yang ada mood bersuka ria jer..hoho..

-----------------------------------------------------------------------------


Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,
berpesan2 lah dengan kebenaran,
dan berpesan2 lah dengan kesabaran..
(103:3)



Inilah surah pertama yang aku hafal dengan maksudnya sekali..
masa tue darjah 5 kalo tak silap aku..
hehe.., aku tau korang time nie mungkin dah hafal juz amma sekali gan maksudnya..
tapi bagi aku yang baru jer nak start belajar ugama nie satu percapaian yg baeklah kan..


Apa yang ada kat surah nie erkk..?


kalau diimbas kembali pasal apa aku mula2 hafal maksud surah nie bukanlah pasal
isi tersurat mahupun tersirat yang ada dalam intisarinya..
tapi pasal aku menyesal tak dapat jawab masa ustazah tanya..
kalo tak mesti duet tue jadi hak milik aku..hoho..


Andai dihayati maksudnya..
pasti akan terlihat bertapa dalamnya teguran yang ingin disampaikan..
pertamanya pasti lah berkaitan masa..
bertapa pentingnya masa sampai2 ALLAH direct jer bersumpah keatas masa nie..
dan kita akan jumpa dalam banyak surah lain menyebutkan tentang masa..




Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
(sila nyanyi macam lagu raihan tue..lalala~~~)


Jika diselosuri lagi maksud surah tue..
pasti korang akan termui terselitnya kepentingan dalam
memberi sebuah nasihat..


"tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang mukmin"
(51:55)


Sesungguhnya, maha suci ALLAH yang maha mengetahui
bahawa dalam memberi sebuah kata nasihat,
amatlah sulit jika tidak disertai dengan sebuah kesabaran..

mungkin sahaja niat yang baek ketika menyampaikan kuntum nasihat ini
disalah ertikan oleh orang yang mendengarnya...
kita mungkin sahaja dianggap susuk yang berlagak suci..
mungkin juga akan dicemuh..
mungkin juga dianjing-anjingkan...(bayangkan anjing tengah menyalak sahut menyahut..)

makanya, dalam menyampaikan kata nasihat kebenaran ini,
tak lain harus juga disertai dengan sifat kesabaran yang tinggi..
kerana tanpa ia.
mungkin sahaja engkau akan kecewa ditengah jalan..
lalu kekecewaan kau memakan diri..
keistiqamahan kau juga tidak akan bertahan..
lalu kau juga merasa nasihat yg diberikan hanyalah tinggal sia2..
terus sahaja kau tinggalkan segalanya dengan penuh kekecewaan..

dengan kesabaran itu juga.
kau akan rasa lebih ikhlas..
dan keyakinan kau bertambah kuat..
kerana kau yakin hasil yang kau usahakan
tidak datang dalam sekelip mata..


makanya...sabar...sabar...sabarr....
sabar shahrul aku tau ko dah mengantuk nak tulis entry nie.....


erh.., apsal aku dah out of topic nie..
bukan aku nak tulis cerita pasal masa ker tadi...aissssh..
mengantuk punya pasal..
dah terlalut entah kemana2 dah nie...okk owh..!


p/s: tak leh tidur selagi assignment tak siap..oh!

Wednesday, September 15, 2010

kenangan tarbiyah 1

tarbiyah
walaupun ramadhan telah beberapa hari berlalu..
tapi aku teringin mengimbas kenangan lalu..
ya..ramadhan aku ketika di matrik dulu..


teringat lagi waktu itu..
aku mengajak seorang rakan untuk makan bersama..
tapi dia menolak..
dengan alasan ingin mendengar tazkirah..
tazkirah dari seorang abang katanya..


aku pula bersungguh2 memujuk dia untuk tidak pergi ke majlis taklim itu..
kerna mesti bosan dan mengantuk punya..
aku juga mencadangkan agr kita pergi bermain shj..
tapi puas aku memujuk..
tapi dia nekad untuk mendengar tazkirah dari seorang brother itu..


jadi aku gagal dalam menghasut pemikiran dia..
dan dia..
kawan ku itu pula yg berjaya untuk mghasut aku untuk trut serta menyertainya..
aku yang sudah tahap bosan ini hanya mengikuti..


diakhir pengisian..
aku seolah merasakan seperti ada benda baru yg aku pelajari..
seolah2 tidak pernah diajar oleh mana guru sebelum ini..
patut laa kawan aku itu beriya2 mghabiskan masa untuk ini..

takdir akhirnya menemukan aku dengan jalan ini..
jalan tarbiyah yang banyak merubah diri bagi setiap individu..
kawan aku yg pernah berkapel juga bercerai akhirnya..
walau katanya hampir bengkak mata menangisi perpisahan dengan awek yg tercinta..

banyak lagi nilai2 yg aku pelajari lagi..
teringat waktu itu..
tayangan video di waktu mabit..

seorang ustaz menceritakan kasih sayang seorng ibu dan bapa..
aku hmpir2 mengalirkan air mata..
mana tidaknya, ustaz itu juga mengigatkan agr tidak lupa
untuk mencium pipi kedua2 mereka..
perubahan dalam sekelip mata bukanya mudah..
segan aku ketika mula2 nak belajar mencium pipi mereka..
tapi itu bukan alasan..
kerana aku yg mulakan, akhir adik beradik mengikutinya..
bapak aku..oh dia masih malu2 sedikit ketika di cium..

"aku cintakn mu kerana ALLAH.."
kalimah cinta yg tidak pernah ku ungkapkan buat sesiapa..
tetapi tarbiyah mengajar segala2nya..
ketika dipaksa untuk menyatakan rasa cinta buat rakan seperjuangan
aku segan dibuatnya..
tak pernah dibuat orang luahan cinta pada spesis sendiri...


tapi nabi sendiri menyuruh menyatakan perasaan itu..
mendengarnya kelihatan mudah tapi hakikatnya cukup payah..
akhirnya juga aku berjaya menyatakan perasaan itu..
"ana uhibukafillah.."
word yg aku jumpa ketika mmbaca novel ayat2 cinta..
walaupon member aku buat2 tak paham maksudnya..
seolah mahu aku menyatakan dalam bahasa melayu..
tapi aku buat dont know jer...pasal dah malu..
oh..! indah nya tarbiyah..


p/s:sekadar menulis kenangan manis ini agar aku tidak menjadi org yg berbalek ke belakang...

Monday, September 6, 2010

Soalan CEpu MAs Buat MEreKA...

Semalam sedang aku tengah relax2 dihadapan ladtop aku,
seseorang bernama "qasehchentastory" telah mentagkan
aku soalan2 nie di blog beliau.. Jadi sebagai penghargaan kepadanya
kerana susah2 jer tag aku gan soalan2 yang boleh bikin pecah kepala
dan mengkucar-kacirkan neuron2 yang dikepala aku nie..
so, aku jawab juga laa soalan nie dengan penuh hikmah dan bijaksana.
.

Rules & Regulations

Firstly: If you've been tagged,
you must write your answers in your own blog
and replace any question that you dislike
with a new, original question.

Secondly: Tag eight people.
Don't refuse to do that. Don't tag who tagged you.

*****************

1)Who sleeps in bed next to you?
kalo kat apartment aku, yang tidor tapi disebelah katil aku nama dia Emee.

2)Have you ever lied to a girlfriend to get out of something?
oh..!! tak main laa girlfriend2 nie..

3)What kind of kuih raya did you make?
im, not making but eating..kehak..kehak..

4)Best day of the week?
hmm.. im dont know..

5)What's really creepy?
nothing..

6)What's your current fandom/obsession/addiction?
baca blog orang..

7)What are the color of your baju raya?
kaler aperrr erk..! meron kot.. entah laa.. jap aku gi tengok kat almari..

8) What did you eat for break fast today?
time susah-makan jer laa aper yang ader..
time senang sket-aper kita nak makan hari nie..?
time senang agak senang- kat maner kita nak makan..?
time senang sesangat-dengan siapa kita nak makan..?
tapi jangan sampai siapa kita nak makan..
(paham tak..? kalo tak takper..)

9)What is your aim for this raya?
mestilah laa duet raya.. lagi mau tanya ka..?

10)What was the last thing you bought?
ayam golek... pasal kakak aku pau aku..

11)What was the cutest thing you've seen recently?
bergurau punya pasal..member dia kena langgar kereta..

12)Does the cute thing above affect your mood?
aku rasa nak muntah..oh!

13)What is your zodiac sign?
Saggitarius..

14)Do you want to learn other skills?
backflip..boleh ka..?

15)5 things you can't live without?
life must go on laaa..

16)If you could meet anyone now, who would you meet?
presiden israel..aku nak cucuk perut dia bertubi-tubi..

17)What's something you'd like to say to someone right now?
ramadhan dah nak habis.. aku tengok ko relax jer..

18)What are you looking forward to?
hahaha..cuti panjang jer laaa.. kalo dok kat U nie..

19)Say something to the person who tagged you:
qasehchentastory .., walaupon dirimu tak ku kenal.. tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hati ku... CUTT.!!! hahaha.. just kidding..

Next person to enjoy this tag..wahahaha:
  1. ijat
  2. Suhaisweet
  3. Iza
  4. Apul
  5. Atsuko
  6. Afiqah
  7. iLe irnadiana
  8. Azwandy
aku tak memaksa korang untuk menjawab soalan2 nie.. tapi dah rule dia kena tag 8 orang... so jgn marah err...

p/s:erk..!!! macam mana aku boleh siapkan semua soklan nie..oh!