"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, September 21, 2010

HargailaH MasA YanG AnDa AdA...

(dengan selincah mungkin aku menaip..)

Hari pertama aku dibumi melaka nie dah penuh dengan kesibukan..
huru hara jadinya..
assignment berlambak perlu disetelkan dalam minggu ini juga..
start dari 10 pagi hari ahad sampai pkol 1.45 tengah hari isnin tadi..
lepas tue baru lah dapat tidur..


Rasa mata aku pon berpinau-pinau juga lah jadinya..
badan pon dah menggigil macam orang kesejukan..
mata stim jerr ditambah kemerahan biji saga..
jantung plak.., dah macam tak cukup tenaga nak pam darah aku..
dah macam mak gian dah aku rasa..oh!



erhhh...! apa ko buat time cuti nie..
esok nak kena antar assignment baru nak buat ker..?



memang padan laa muka ko..!!!


maaflah.., aku bukan sengaja tak nak buat assignment time cuti hari tue..
sebagai bukti, aku sanggup penuhkan beg aku yang comel tue dengan buku2 pelajaran..
lepas tue bawak buku2 tue naek motor sama2 dengan aku pulang ke rumah..


habis kenapa assignment tak siap jugak..?


mula2 balek memang semangat nak belajar..
tapi time sampai umah jer..lain plak jadinya..
mood study hilang..
yang ada mood bersuka ria jer..hoho..

-----------------------------------------------------------------------------


Demi masa,
sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,
kecuali orang yang beriman dan beramal soleh,
berpesan2 lah dengan kebenaran,
dan berpesan2 lah dengan kesabaran..
(103:3)



Inilah surah pertama yang aku hafal dengan maksudnya sekali..
masa tue darjah 5 kalo tak silap aku..
hehe.., aku tau korang time nie mungkin dah hafal juz amma sekali gan maksudnya..
tapi bagi aku yang baru jer nak start belajar ugama nie satu percapaian yg baeklah kan..


Apa yang ada kat surah nie erkk..?


kalau diimbas kembali pasal apa aku mula2 hafal maksud surah nie bukanlah pasal
isi tersurat mahupun tersirat yang ada dalam intisarinya..
tapi pasal aku menyesal tak dapat jawab masa ustazah tanya..
kalo tak mesti duet tue jadi hak milik aku..hoho..


Andai dihayati maksudnya..
pasti akan terlihat bertapa dalamnya teguran yang ingin disampaikan..
pertamanya pasti lah berkaitan masa..
bertapa pentingnya masa sampai2 ALLAH direct jer bersumpah keatas masa nie..
dan kita akan jumpa dalam banyak surah lain menyebutkan tentang masa..




Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
(sila nyanyi macam lagu raihan tue..lalala~~~)


Jika diselosuri lagi maksud surah tue..
pasti korang akan termui terselitnya kepentingan dalam
memberi sebuah nasihat..


"tetaplah memberi peringatan, sesungguhnya peringatan itu berguna untuk orang mukmin"
(51:55)


Sesungguhnya, maha suci ALLAH yang maha mengetahui
bahawa dalam memberi sebuah kata nasihat,
amatlah sulit jika tidak disertai dengan sebuah kesabaran..

mungkin sahaja niat yang baek ketika menyampaikan kuntum nasihat ini
disalah ertikan oleh orang yang mendengarnya...
kita mungkin sahaja dianggap susuk yang berlagak suci..
mungkin juga akan dicemuh..
mungkin juga dianjing-anjingkan...(bayangkan anjing tengah menyalak sahut menyahut..)

makanya, dalam menyampaikan kata nasihat kebenaran ini,
tak lain harus juga disertai dengan sifat kesabaran yang tinggi..
kerana tanpa ia.
mungkin sahaja engkau akan kecewa ditengah jalan..
lalu kekecewaan kau memakan diri..
keistiqamahan kau juga tidak akan bertahan..
lalu kau juga merasa nasihat yg diberikan hanyalah tinggal sia2..
terus sahaja kau tinggalkan segalanya dengan penuh kekecewaan..

dengan kesabaran itu juga.
kau akan rasa lebih ikhlas..
dan keyakinan kau bertambah kuat..
kerana kau yakin hasil yang kau usahakan
tidak datang dalam sekelip mata..


makanya...sabar...sabar...sabarr....
sabar shahrul aku tau ko dah mengantuk nak tulis entry nie.....


erh.., apsal aku dah out of topic nie..
bukan aku nak tulis cerita pasal masa ker tadi...aissssh..
mengantuk punya pasal..
dah terlalut entah kemana2 dah nie...okk owh..!


p/s: tak leh tidur selagi assignment tak siap..oh!

3 comments:

salji89 said...

kah kah kah.
da lama tak buat assignment.

shahniz said...

wah..!
ko takper tak buat..
budak scorer laa katakan..

salji89 said...

bukan scorer la, tp kura2. haha!
takpe, copy paste je suda. kui kui!