"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, September 22, 2010

KeNa RasuK


ketika aku sedang leka bermain-main dengan ladtop, datang seorang sahabat aku lalu singgah di tepi belah kanan ku. Berpakaian agak kemas lagak seperti ada temu duga yang bakal dihadapinya. Jaket hitam ditambah pula dengan korpiah hitam yang ada logo ala-ala tranformer gitu. Lalu aku yang sedang kehairanan memandangnya terus.....


"erh..! Basri kau nak pergi mana lawa-lawa malam nie, ada temu janji dengan sesiapa ker..?"
(temu janji yang dimaksudkan adalah meeting)


"Aku nak pergi TTU3 jap.."


"aik.! nak buat ape pergi sana? bukan tue tempat perempuan ker..?"


"hehe..adalah..."


Dengan pantas aku yang sedang ligat berpikir terus menduga...


"Ada budak perempuan kena rasuk ker..?"


"hehe...."
Dengan senyuman Basri terus meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga..


"Weiii Basri...!!!!!"
Dengan sepantas jari aku menaip di keyboard aku mengejar Basri..



Tekaan aku tepat....






-----------------------------------------------------------------------------------



Inilah pengalaman first aku berdepan dengan orang yang kena rasuk, dalam pemikiran aku nie penuh dengan pikiran yang bukan2. Tugas aku jadi pak guard ke2 yang jaga pintu. Oh! tak lupa aku nak bagitau, boyfriend budak pompuan tue pon ade kat situ. Dia jadi pak guard 1 yang mengawal awek dia tue dari keluar dari bilik.



Basri plak terkumat kamit membaca jampi serapah kat air botol. Dia cakap baca ayat kursi 7x dengan ayat2 dari ma'thurat seket. Alhamdulilllah, lepas minum air tue nasib baek budak tue ok..



Aku yang pertama kali tengok benda2 nie plak, macam2 yang aku pikir. Budak tue terjah kita orang and then melarikan diri. Lepas tue dia masuk hutan..tau2 jer lepas tue terus tak jumpa2.. jumpa pon lepas dia jadi mayat. oh! aku bayangkan juga kalo tetiba budak tue meronta-ronta macam orang gila lepas tue sepak terajang semua yang ada. Isk2., macam2 la yang aku pikirkan, lebih kurang semua cam dalam cerita hantu melayu laa senang cakap..Ada orang jerit2, ada terbang2, semua laaaa.. Tapi nasib baek perkara cam dalam cerita hantu melayu tue tak terjadi. Besar juga pengaruh tv nie rupanya oh!


Boleh dikatakan goyang juga la kepala lutut aku nie tengok orang kena rasuk nie. Suara dia bukan main garang lagi. Tenungan mata dah macam pisau daa, bukan main tajam lagi. Tapi nasib baek la Jin nie bukan tahap hokage punya.


Aku rasa juga jin nie boleh dikatakan baek juga la. Pasal ada ker patut tetiba pakwe budak tue suruh kawan budak pompuan nie tolong bukak tudung dia pasal dia kata panas. Nasib baeklah dia tak nak.. Siap marah2 lagi.. ( nasib baek laa jin tue tak cakap, "wei sengal tak tau ker rambut tue aurat..!!!" hahaha..)..


Lepas beberapa ketika, baru la sedar sedikit budak pompuan tue. Lepas kena pujuk minum air jampi, pastu lepas dia cakap2 dengan mak dia guna loud speker enset.. lepas badan dia dah agak lemah.. dan aku plak lepas tue kena pergi kedai mamak gi beli Horlick panas pasal mak dia suruh beli....


Diakhir peristiwa, aku diceritakan sebelum budak pompuan tue kena rasuk dia ada cakap yang ada benda nak datang kat dia. Meremang bulu betis aku dengar... aku yang baru jumpa momok dalam mimpi pon dah seram sejuk.. nie kan plak kalo ada benda2 nie datang direct jer di alam nyata.


konklusi yang aku boleh buat, amalkan lah selalu membaca al-mathurat pagi dan petang, sebab ayat dalam tue kawan aku, basri dia cakap ayat2 tue semua power2. Tua la pasal agaknya Rasulullah sendiri selalu amalkan. Juga menjadi list dalam mutabaah halaqah aku. Tapi aku selalu baca nak tak nak jer..lepas nie kena baca betul2 jangan main2 lagi.

p/s:harap ko jangan la datang dalam mimpi aku malam nie..

6 comments:

Azuan said...

seram kot masa tgk orang laen kena..

zuk zuhaiza said...

takda la seram sangat..tapi kalo bace mlm tadi memang seram..

baru sekarang berani baca..hahaa

NICK IRFAN said...

seram plak baca entry ko ni...

nurathirahkaman said...

aku pong pena tgk org kena rasuk..tapi lg hebat..

shahniz said...

azuan-meremang bulu2 aden oii..

zuhaiza-haha...,aden yg taip mlm2 tadi lagi seram kot.

nick-erh..., gambr tu lagi seram kot..

shahniz said...

athirah- aper yg hebat tue..ada mcm dalam movie tak..?