"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Tuesday, August 9, 2011

Senjata Melayu Yang Digelapkan Didalam Sejarah

(Saya Bangga Menjadi Melayu, anda bagaimana pula…?)

Betulkah nenek moyang kita dulu lemah.. adakah senjata kita dulu hanya sumpit, lembing dan keris.......

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang (Kedah Darul Aman), terdapat satu peradaban yang makmur. Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan. Di satu kawasan, terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam; kilang melebur besi.


Zaman berganti zaman. Tahun berganti tahun. Peperangan demi peperangan. Hasad dengki, khianat, kekejaman dan penipuan menghiasi tabir. Jatuh dan bangun. Bina kembali peradaban. Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...

Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka. Kemudian bina negara...bina peradaban kembali. Perlahan-lahan. Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah. Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak. Panglima Melayu menghunus keris. Selak lagi..apa dilihat lagi?

Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah, dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris. Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang. Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh. Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam. Selak lagi....gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.

Selak lagi...selak lagi...gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan. Membosankan.
Dalam artikel pengiring terakhir ini, Srikandi akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Srikandi akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api.. Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu "hendak buat sebatang jarum pun tak mampu"
Benarkah begitu?


'Musketeers' dan 'Gunners' Melayu


Ketika saya masih kecil lagi, saya masih teringat satu filem lama tahun 80-an berlatar belakangkan zaman dahulu, mungkin sekitar abad ke 17. Kalau tak silap saya, Dato Rahim Razali ada berlakon dalam filem itu. Keistimewaan filem ini ialah, ia memaparkan orang-orang Melayu dahulukala berperang menggunakan meriam-meriam kecil, dalam istilah Melayunya 'Lela Rentaka'.

Meriam-meriam ini boleh dikendong menggunakan tenaga dua orang, di bawa ke sana sini. Terdapat satu adegan di mana tentera-tentera bergegas membawa meriam-meriam ini ke medan perang melintasi sawah-sawah padi. Ada adegan tentera yang tumpas terkena bedilan. Aksi letupan yang begitu 'real' dan suasana selepas perang di mana mayat-mayat bergelimpangan di sawah padi dihurung lalat dengan darah bersemburan di sana sini. Filem ini begitu istimewa di mata saya,berbanding filem-filem tipikal lain yang juga berlatarbelakangkan sejarah namun imej peperangan yang membosankan dan kurang tepat;asyik-asyik berperang menggunakan keris dan lembing.

Penggunaan meriam yang meluas di dalam filem ini amat menarik dan sehingga kini saya masih teringatkan filem itu yang unik dan menimbulkan misteri kepada saya.

Semakin dewasa dan kelebihan menggunakan maklumat yang banyak di perpustakaan semasa melanjutkan pengajian ke luar negara membuatkan saya semakin tertanya-tanya;apakah peranan meriam di dalam budaya orang-orang Melayu dahulukala? Mengapa apabila saya membaca catatan-catatan para conquistador, pengembara Eropah, pedagang dan duta-duta asing, menyebutkan saiz kapal, penggunaan meriam dan kemewahan orang-orang Melayu sebelum era penjajahan? Mengapa apabila membaca buku-buku sejarah di sini, nadanya berlainan? Mengapa catatan pengembara Perancis berlainan sekali dengan catatan Stamford Raffles dan Leyden? Mengapa pandangan para cendekiawan Portugis seperti Eredia dan Pires berlainan dengan pandangan para gabenor dan imperialis Inggeris?

Apa yang ingin mereka sembunyikan dari kita??
Apabila orang Thai mengeluarkan filem-filem menceritakan sejarah Patani(Queen of Langkasuka), mereka menggambarkan orang-orang Melayu Patani biasa menggunakan pistol dan senapang, apatah lagi meriam. Ini tidak kalah dengan filem-filem mereka yang menceritakan peperangan menentang tentera Burma (Bang Rajan). Mereka betul dari segi sejarah.

Mengapa saya kata begitu? Kerana apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14, seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini. Kerajaan-kerajaan Eropah, wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.

Jadi ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK, TULI, BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut 'kemelayuan' mereka.

Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam, istinggar (musket) dan ubat bedil? Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja. Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS, KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA, ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA, JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.

Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia. Sungguh memalukan. Tan Sri P. Ramlee pernah buat filem (Enam Jahanam) dimana pistol digunakan oleh Panglima tetapi ditertawakan oleh penuntuk 1967 pada masa itu.

Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu, mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol, meriam dan senapang. Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit. Dari mana mereka mengorek rahsia ini? Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles, Winsted, Swettenham dan Leyden.
Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:

*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol

Mari kita lihat antara senjata-senjata 'terahsia' Melayu ini:

Pemuras

Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala. Dalam Perang Naning, catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri. Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras. Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).

Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead) Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat
dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons). Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya, menjadi lebih kecil, seperti pistol.



Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul. Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini. Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat. Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket. Mengapa?



Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih. Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut, lanun dan pedagang. Ini kerana ia sesuai untuk pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.


*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti ini.

Dalam budaya masyarakat Melayu, Kesultanan Brunei adalah diantara salah sebuah Kerajaan Melayu yang menggunakan Pemuras sebagai salah sebuah alat kebesaran kerajaan atau regalia. Ia menjadi lambang kebesaran Brunei dengan panggilannya yang tersohor 'Pemuras dan Karga'. Karga ialah bekas menyimpan peluru pemuras yang dibuat cantik dan berseni.
Pemuras sering dihiasi dengan ukiran yang amat halus dan cantik. Ada juga Pemuras yang dibuat daripada logam berharga seperti Emas dan Perak serta ditatahkan dengan intan permata. Di dunia barat penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digunakan oleh pasukan berkuda kerana ia mudah digunakan terutama ketika mengisi peluru.

Jika Soviet meletakkan lambang Avtomat Kalashnikova (AK-47) di duit syililing mereka, Mozambique meletakkannya di bendera mereka, bayangkan, kerajaan Melayu seperti Brunei ini meletakkan blunderbuss atau Pemuras ini sebagai lambang kerajaan.
Terakol



Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi 'wheel lock' (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan 'fius'. Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan. Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina (kesultanan Sulu) melawan Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.

Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka. Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.

*Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock) Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.

Istinggar

stinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock. Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api). Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api. Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal, seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).

Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban. Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya. Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis. Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis. Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.

Lela Rentaka


Rentaka, adalah sejenis meriam mudah alih, ringan dan kecil dari meriam biasa. Dalam Bahasa Inggeris, ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka). Rentaka adalah senjata khas orang Melayu, kerana mereka sendiri yang menciptanya, sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas. Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat .Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.

Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat, naga, buaya, cicak, ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.



Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota , tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.

Pahlawan Moro (Mindanao) adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. Kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.


Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.

Meriam/Lela


*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
Meriam mempunyai sejarah yang panjang, terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu. Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka. Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor. Meriam digunakan di Pasir Salak. Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda. Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu. Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik, maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.


Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina. Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah, yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu. Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.


Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara, Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara! Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya, tetapi orang Melayu juga!


Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani. Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.


Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya ). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.

Pada 1787, Raja Rama I telah mengarahkan pembinaan meriam yang sama saiz dengan Sri Patani yang dinamakan sebagai Narai Sanghan untuk diletakkan bergandingan dengan Seri Patani yang telah di tawan. Jika anda melihat kepada gambar meriam seri Patani di atas, bolehkah anda bayangkan kekuatan meriam tersebut ketika ia membedil kapal-kapal perang Thai. Menurut Hikayat Patani tiga buah meriam kerajaan Pattani ini telah berjaya mengaramkan banyak kapal Thai ketika Kerajaan Thai menyerang Pattani. Anda boleh membayangkan suasana meriam-meriam ini digunakan dan peperangan tersebut dengan menonton filem Queen of Langkasuka.



Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini, adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit, lembing dan keris? JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia, tetapi di sebuah negeri Inggeris lain, seperti Australia. Sebab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.


Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka, membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah. Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air, mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia. Inggeris walaupun buas dan kejam, namun masih menjaga 'standard' mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan. Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.


Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil, Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles, namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan? Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi 'Rajah Perak' sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak. Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.


Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu, malah 'Mat Salleh' pun berdegil 'mempertahankan' takhta raja-raja Melayu. Lucu dan aneh. Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita. Seperti juga hari ini, jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri, sebagai contoh Tulisan Jawi, Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan. Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri, siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri?? Orang asing??


Sebagai kesimpulannya, dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga! Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).
*Contoh Terakol digunakan ketika menyerang. Terakol juga terkenal kerana buatannya yang berseni dan berukiran halus.


Sehingga ke hari ini saya masih terngiang-ngiang jeritan hulubalang Melayu meledakkan Rentakanya di dalam filem 80-an itu. Adegan dua orang hulubalang mengandar batang Rentaka yang diikat pada sebatang kayu sambil meniti batas-batas sawah meninggalkan misteri yang aneh kepada saya. Kenapa drama dan filem lain tidak seperti filem yang satu ini? Siapa pengarah filem ini? Sungguh,saya betul-betul tabik pada pembuat filem itu, malangnya saya terlupa tajuk filem itu.


Jadi fikirkan, adakah Inggeris dan Belanda takutkan orang-orang Nusantara yang menentang mereka menggunakan sumpit, lembing dan keris (kesampingkan ilmu mistik,kita bercakap soal realiti)? Tidak sama sekali. Para musketeers dangunners Melayu inilah antara 'penggerun' mereka dan membuatkan Inggeris berfikir 10 kali untuk menghapuskan raja-raja Melayu, mengkristiankan seluruh orang Melayu dengan paksaan dan menjadikan Tanah Melayu seperti Amerika dan Australia.


Alangkah bagusnya kalau dalam buku-buku sejarah terdapat gambar ini.Betapa megahnya hulubalang Melayu menyangkutkan blunderbassnya (Pemuras) di bahu.



Dalam legenda Melayu, berkaitan ilmu mistik dalam kategori ilmu kebal, antara pantang orang yang mengamalkan ilmu kebal ialah peluru emas. Dan ini adalah benar,dan askar Belanda menggunakan peluru emas untuk menundukkan pahlawan-pahlawan Melayu di Sumatera dan Jawa. Malah Mat Kilau juga dikatakan dikhianati orangnya sendiri berkenaan rahsia ini. Jadi fikirkan,dalam amalan mistik Melayu itu sendiri menyebutkan perihal peluru emas,masakan orang Melayu ketika itu masih terkebil-kebil memegang lembing berhadapan dengan askar Portugis yang bersenjatakan matchlock musket, blunderbuss dancannon?

Credit to : www.carigold.com & http://malay.uptomu.net/2011/08/senjata-melayu-yang-digelapkan-didalam.html

Monday, August 8, 2011

Nama Bulan Ramadhan..

 

Erh, anda yang disini..

Yee..kamu laa, kemari kesini..

Kitee ada benda nak bagitau..

Kamu tahu nama lain selain bulan ramadhan tak?

erh tak tahu, kesiannya..

Takper-takper kitee bagitau..

Yang pertama  syahrus shiyam, bermaksud BULAN PUASA..

sebabnya, time nie laa kita diwajibkan berpuasa tau..

image

Telah datang kepada kalian bulan yang penuh berkah, diwajibkan kepada kalian ibadah puasa, dibukakam pintu-pintu surga dan ditutuplah pintu-pintu neraka (HR. Ahmad)

Ok, yang kedua nama dia syahrul qiyam, bermaksud bulan qiyamullail..

sebabnya, pasal bulan nie la kita disunatkan solat terawih.

Bulan lain mana ada kita solat terawih kan..

image

Dari Abu Hurairah RA. Berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW menganjurkan shalat malam pada bulan Ramadhan tanpa mewajibkannya", kemudian beliau bersabda: "Barangsiapa yang shalat malam pada bulan Ramadhan karena iman dan mengharap perhitungan (pahala) akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". (HR. Muslim)

Yang ketiga pula nama dia syahrul Qur'an, bermaksud BULAN AL-QURAN.

sebabnya, pasal bulan nie la diturunkan al-quran.

alaa..yang setiap 17 ramadhan kita sambut nuzulul quran tue.

image

(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). (QS. Al-Baqarah:185)

Yang keempat nama dia syahrul jihad, bermaksud BULAN JIHAD.

s0075

sebabnya, time nie la banyak berlaku peristiwa jihad,

seperti jihad qital yang pertama iaitu PERANG BADAR.

Yang kelima nama dia syahrul infaq.,

image

sebabnya, besarnya pahala infak pada bulan ini, dan juga kita akan mengeluarkan zakat pada bulan ini. Jadi siapa yang belum bayar zakat sila berbuat demikian ok.

Yang terakhir nama yang diberi ialah syahrut tarbiyah, bermaksud BULAN PENDIDIKAN.

image

sebab, time nie la sepatutnya kita mengunakan setiap waktu untuk mempelajari islam dengan lebih dalam. Kalau ada ceramah atau kuliah ditempat anda pergilah untuk mendengarnya. Juga digunakan kesempatan ini untuk menambah kefahaman kita terhadap agama ini sendiri. Mudah-mudah juga ia dapat menjadikan kita lebih baik lagi.

Dah tahu kan,

Jadi jangan lupa kongsikan dengan orang lain juga..

Okey, jumpa lagi….. tata..

p/s: Nama itu tidak beerti apa-apa jika tidak mencerminkan dirinya.

Friday, August 5, 2011

Maaf, Saya Telah Curang…!

 

image

Kepada Cik Awek dan Cik Pakwe sekalian.

Yang sebuk bercinta cintunnnn nie.

Pernah dengar lagu My Heart tak?

Alaaa yang Irwansyah gan Acha same-same nyanyi tue..

Alaaa yang femess time zaman skolah dulu.

Alaaa yang time tue zaman sebuk nak cari makwe pakwe tue.

Alaaa yang time tue kita nyanyi same-same tue.

Erh, bila masa pulak?

Ok, tipoo jer..

Alaaa leceh laaa, tue pun tak ingat..

Kalau siapa-siapa yang ingat boleh nyanyi dengan Kitee tau..

same-same kita mengiambas memory silam..

ok, 1..2…3,

Di sini kau dan aku
Terbiasa bersama
Menjalani kasih sayang
Bahagia ku denganmu


Pernahkah kau menguntai
Hari paling indah
Ku ukir nama kita berdua
Di sini surga kita


Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tenang
Sebisa mungkin, tak akan pernah
Sayangku akan hilang...

erh..! dah..dah.. STOPPPPPPPP….!

yang bahasa inggeris tue tak payah laa nyanyi yee..

Kitee tak pandai speaking2 nie…

Cuba try nyanyi yang perenggan last tue,

baris 1 dan 2…

macam touching jer kan baris tue….

 

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan
tenang…

 

--------------------------------------------------

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah  hati menjadi tenang. (13:28)

Ok, dah takder MOOD nak nyanyi…

baik pergi baca al-quran…

p/s: Inyaallah, memang hati akan menjadi tenang. Senyuman kenyitan

Tipah Tertipu Bang..!

 

Anda pernah kena tipu?

Pernah tengok cerita BANG BANG BOM tak?

PRANG?

WAKENABEB?

image

aiks, semua tak pernah…

haaaa.., amacam kalau APRIL FOOL..

alaaa, jangan la tipoo… mesti pernah kena kan.

cuba ingat balek, time zaman sekolah dulu..

sampai nangis2 pasal kena tipoo tue..

cuba ingat..

ingat..

laa.. ingat laaa btol2..

yang time tue anda dikenakan oleh kawan2 sekelas tue..

haaa, ingat pon.. bagussss anak mak..

amacam perasaan time tue ada mau nangis tak? (jenis budak gembeng)

sedih,kecewa, rasa nak bunuh diri..erh, lebih2 pulakkan..

ker ketawa atas kebodohan diri sendiri..hahaha.. ;p

tak kisah la pon kan..

yang penting kita jangan mudah tertipoo lagi..

dan lagi penting….

sangat penting…

SEyess tak tipOOO..

memanggggggg…. sangatttttttttt… PeNTING laaaa..

jangan la kita diperdaya dan mudah ditipoo oleh SeTONNN

seperti mana moyang kita dahulu..

image

Lalu setan memperdayakan keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan dari (segala kenikmatan) ketika keduanya disana (surga). Dan Kami berfirman, “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang ditentukan.” (2:36)

"Ia (syaitan) berkata, 'Ya Tuhanku, Kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan hal-hal di muka bumi terlihat baik bagi mereka (manusia) dan aku akan menyesatkan mereka semua, kecuali hamba-hamba Engkau yang terpilih di antara mereka'." (15: 39-40)

haaa.. pasal kena tipoo gan SeTONNN laa moyang dan kita2 nie terhampar kat sini tau..

isk..isk..huk..huk..sob..sob.. sedih2..

erh, macam tak takOOT pon,

SeTONN nie macam2 cara tau nak BANG BANG BOOM kita tau…

w0005

Bila suruh solat awal waktu bukan main liat lagi.

Lagi 5 minit waktu solat, time tue laa mata mula mendayu-dayu..

hehe, pengalaman orang tua2 kot.. tue yang tahu.

w0116

Sesungguhnya orang2 mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada ALLAH agar kamu mendapat rahmat.

kadang2 tue sampai gaduh gan kawan2..

alah hal kecik jer pon..

jangan tak bertegur lebih 3 hari sudah..

berdosa tau.. tuuuuuuuuuuuuu..

ok, banyak lagi nak bagi contoh..

tapi dah penat..

yang baca pon lagiiiii laaaaaaaa penatkan…

nie last contoh…

pp0368

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (33:59).

ok, iman dah tergugat..

mudah-mudahan kita dapat la menjauhi segala PRENG, WAKENABEB, BANG BANG BOM daripada SeTONN nie.

w0074

"Dan jika kamu ditimpa suatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (7:200)

 

akhir kata pesanan dari penaja:

Wahai anak cucu Adam! janganlah sampai kamu tertipu oleh setan sebagaimana halnya dia (setan) telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga, dengan menanggalkan pakaian keduanya untuk memperlihatkan aurat keduanya. Sesungguhnya dia dan pengikutnya dapat melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman. (7:27)

p/s: kena tipooo dengan manusia bleh kita gelak2 lagi, kena tipOO dengan SeTONN, alamat menangislah tak berlagu laa…(NAK TUJU LAGU..plsssssssssss)

Tuesday, August 2, 2011

Aktiviti Ramadhan..

 

Sudah bosan dengan aktiviti anda sekarang?

Hari-hari ramadhan terasa seperti hari-hari biasa?

Cuma bezanya anda tidak makan dan minum sahaja.

Jangan begitu..!

Ayuh berubah..

Mulakan aktiviti pertama anda dengan bersahur.

selepas itu?

Jangan terus tidur..!

bermunajatlah kepada tuhan dan mohonlah keampunan nya..

pr0043

“Rabb kita (Allah) swt turun pada setiap malam ke langit dunia, pada sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, ”Siapa yang berdoa kepadaKu maka aku akan kabulkan baginya, siapa yang meminta kepadaKu, maka aku beri kepadanya, Siapa yang meminta ampunan maka Aku akan mengampuninya(HR Bukhari dan Muslim)

selepas itu,

anda boleh tidur…

erh, tunggu! jangan tidur dulu..

mulakan aktiviti kedua anda.

ayuh ke masjid menunaikan solat subuh secara berjemaah..

pr0014

“Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat)”. (QS Al-Isra’ : 78)

Rasulullah juga bersabda,

“Berikan khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan menuju masjid di kegelapan dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat kelak.” (HR Tirmizi dan Abu Dawud)

ok, anda boleh lakukan aktiviti harian anda seperti biasa..

tapi,

jangan lupa..

Sentiasa la berdoa kepada tuhan.,

image

“Tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak, di antaranya adalah orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, di dalam riwayat lain dikatakan, orang yang puasa ketika hendak berbuka.” (HR At-Tirmizi dan Ibnu Majah)

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.(2:186)

wow..! menarik bukan..

ada tak lagi aktiviti yang boleh dibuat.

erh, mestilah ada kan..

anda juga boleh membanyakkan membaca al-quran

image

“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang bathil). (QS Al-Baqarah : 185)

owh jangan lupa pula untuk mentadabbur nya sekali tau..

alang-alang baca, baca la sekali maksudnya.

hmm..ada lagi tak erk.

ye..ye.. yang terakhir..

sabar..sabar.. jangan pangkah dulu..

amanat yang terakhir plsss baca..

banyakkan lah bersedekah tau..

pasal Rasulullah paling banyak bersedekah time ramadhan tau.. seyes tak tipoo..

kata suri tauladan rasulullah kan..

image

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui. (QS Al-Baqarah : 261)

ok, dah habis…

dah boleh keluar dari site nie.. byeee, assalamualaikum, salam ramadhan dan jumpa lagi..

pp0183

p/s: biar amal yang berbicara..

Ramadhan Kali ini..

 

image

Ramadhan kali ini….

Sebulan berbuka bersama family,

Sudah hampir beberapa tahun tidak merasa begini,

Mungkin semenjak duduk jauh di perantauan,

Form 4, Matrik, hingga ke Universiti,

Dan kali ini,

Tiada lagi kepayahan memikirkan juadah untuk bersahur,

untuk berbuka juga,

Semua diuruskan family,

tinggal tunggu dan makan..

Dan kali ini juga,

Tiada lagi kerinduan dari perantauan,

memikirkan kampung halaman,

Juga tiada kedengaran lagu-lagu raya

buat pengubat duka dan lara

daripada teman-teman satu dorm dan asrama…

kerana mereka semua seperti aku juga kini,

30 hari berbuka bersama family kot..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

target ramadhan kali ini:

1- mutabaah full (tahajud, mathurat, dhuha, istigfar, dll..)

2- 1 juz per day, khatam sebulan alquran.

3- 1 surah hafazan

4- 1 buku untuk dibedah..

5- berbakti pada ibu bapa.

6- hmm…

p/s: harap sempat bertemu dengan lailatur qadar..amin

Tuesday, July 12, 2011

Polis Sentri

sebuah nukilan zaman kanak2 dari ku..

Disebuah blok banggunan, di aras paling bawah kelihatan beberapa budak lelaki sedang rancak bermain. Mereka begitu riang sekali. Sesekali terdengar gelak ketawa dan hilai yang mungkin sedikit menggangu ketenteraman jiran tertangga.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka memberikan satu usul permainan.

“Erh, jom kita main polis sentri nak tak?”.

“Ok, tapi siapa yang nak jadi polis dan siapa nak jadi pencuri?”

Sedikit pentengkaran kecil berlaku kerana lebih ramai yang suka menjadi pencuri berbanding menjadi polis. Mungkin fitrah manusia memang begitu, suka dikejar berbanding mengejar. Dikejar itu seronok dan mengejar itu sukar.

Jika mengikut akta permainan polis sentri, pemilihan haruslah dipilih mengunakan sedikit kira-kira ditambah dengan nyannyian.

Lalu untuk mengelakkan pertelingkahan terus berlaku, mereka berkumpul membulat dan kedengaran seorang dari mereka menyannyi.

~Polis sentri want to jaga~

~Polis mati pencuri jaga~

(lagu di ulang2 sehingga semua mendapat mandat masing2)

“Yahoo..! aku jadi pencuri..”

“Lor, asyik aku jer jadi polis..”

Kedengarannya ada yang gembira kerana dapat apa yang diinginkan, tak lupa juga yang sedikit mengeluh kerana tidak suka apa yang telah ditakdirkan. Lumrah manusia memang begitu.

Lalu, pencuri bertempiaran melarikan diri. Polis pula terpaksa bersusah payah mengejar untuk menangkap mereka kembali.

Selang beberapa ketika dan waktu.

Kelihatan polis yang semakin bosan dengan adegan kerja-mengejar ini mula bermain tektik kotor. Mereka mula menggunakan gas beracun dan water gun untuk menang dengan mudah permainan ini. Kelihatan berberapa orang telah ditangkap. Juga mereka telah disepak dan di maki hamun oleh polis. Mereka digari dan dibawa ke trak yang bakal mengangkut mereka ke kurungan besi. Seolah-olah mereka yang digari itu telah melakukan kesalahan yang maha besar. Tiada lagi belas ehsan untuk mereka. Kasihan.

Seolah-olah mereka lupa bahawa setiap mukmin itu bersaudara. Saudara seislam mereka. Adakah hati mereka sudah keras membatu sehingga tiada belas kasihan lagi. Sedangkan tawanan perang pun harus diperlakukan dengan baik inikan pula saudara mereka sendiri. Oh! sedih melihatnya.

Akhirnya,  semua pencuri berjaya ditangkap tanpa seorang pun berjaya meloloskan diri. Kumpulan polis telah menang.

“Ok sekarang giliran polis menjadi pencuri, korang yang pencuri jadi polis pula. Korang kejar kitaorang pula tau..”

Begitulah adat permainan, bila tamat maka giliran mandat akan bertukar. Bak kata pepatah hidup ini umpama roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah. Walau macam mana pun kita kat atas jangan lupa apa yang ada kat bawah.

Sedang kanak-kanak ini leka bermain..

“Korang nie semua nak kena sebat ker haa dengan hanger nie, dah nak masuk maghrib pun tak gheti-gheti nak balik lagi.”, kedengaran suara makcik2 berbunyi daripada tingkat atas memanggil anak masing-masing.

Adakah giliran makcik2 nie pula mengejar kanak2 tadi? oh. cuba bayangkan. kah..kah..kah..

p/s: ada lagi ker budak2 main permainan ini.?

Wednesday, June 29, 2011

Ketika Cinta Bertasbih versi Ramadhan…

(Disaat menunggunya mentari pagi..)

Akhirnya kesabaran aku sudah berakhir. Sedikit kesimpulan yang ingin aku kongsikan bersama teman2 sekalian.

Ada beberapa watak  yang suka dalam cerita nie, antaranya.

Ayatul Husna- Aku suka tengok sikap yang matang dalam membuat keputusan dan tenang dalam menghadapi sebarang dugaan. Cool and Steady. Bagi aku dia nie heroin dalam cerita nie.

Ustaz Illyas- Cara dia bercakap pon nampak tenang. Cakapnya slow tapi kelihatan ketegasan di situ. Aku cop dia sebagai hero kali nie.

Furqan- Sikapnya dan kata-katanya terhadap ibu bapanya harus teman2 semua contohi. Walaupon ibu dia banyak bikin masalah tapi dia tetap bercakap sangat lembut dengan ibunya. Bagus dapat anak macam nie.

Haji Samingan- Kah..kah..kah.. adoyai. aku suka dengan watak dia. Selalu berdekah tengok kerenah dia nie. Macam2 hal. Nak cakap dia nie penyeri dalam cerita nie.

Erh, abis mana watak mas Azzam dan Mbak Oki Sentiana Dewi dalam cerita nie. Ok aku malas nak cerita watak diorang kali nie. Diorang la penyebab aku malas dan susah nak habiskan cerita kcb nie. Hidup penuh dengan konflik rumah tangga. Agak tekanan aku disitu. Aku tak suka konflik rumah tangga nie. Meh sini aku bagitau pesanan bapak aku. Bapak aku cakap kalau isteri tengah marah2 suami kena diam je. Dengarkan jer. Begitulah sebaliknya juga. Lepas elok tu baru la berdiskusi. Kalau isteri tengah marah anak pula, bapa jangan pula masuk campur. Jangan sibuk nak marah juga. Bapa aku cakap nanti anak lari dari rumah. Begitulah sebaliknya. Wah2.. aku bagi nasihat macam aku dah berumah tangga jer kan. Semestinya ini nasihat yang berguna kepada mereka2 yang nak membina masjid tue.

Disini aku sertakan sekali petikan2 dan ayat2 yang sempat aku rakam semasa aku lonely layan cerita nie. Kalau layan gan orang lain mesti takder feel. (Mana tak nye, kalo asyik duk berborak sambil nonton)

"seorang daie jangan sampai terlantar gara2 dia tidak bisa berbisnes, sebaliknya jangan sampai kehidupan dakwah seorang daie terbengkalai gara2 dia kerajinan bisnes.."
kata2 nasihat dari ustaz mujab kepada mas azam
-petikan kcb versi ramdhan ep 26-

rumah ini begitu sepi seperti kuburan,
hidup terasa hambar,
hidup terasa tak bermakna,
hidup ku terasa menyeksa,

aku seperti tidak memiliki jiwa,
aku merasa seperti mayat yang berjalan,
apakah aku akan bergini terus,
untuk apa sebenarnya aku hidup,
apakah untuk berhura-hura dan berbuat jahat kepada orang lain,
seperti yang aku lakukan kepada Fina,
bagaimana kalau kematian itu tiba-tiba datang kepada ku.
-kata-kata Ronald KCB-

Assalamualaikum Fina, saat kamu membaca surat ku ini, aku tidak mengharap banyak kau akan langsung menerima ku lagi, aku tahu kau masih sulit memaafkan aku, tapi aku tidak akan menyerah meminta pemaafan dari mu, sebagaimana aku juga tidak akan menyerah dalam mencari seorang ustaz yang dapat membimbing ku bertobat dan kembali ke jalan yang benar.
Fina yang baik, aku tahu, aku telah merosak diri mu, merosak masa depan mu, dan merosak hidup mu, aku tahu diri. Engkau mungkin tidak pernah ingin memaafkan aku.Tapi aku sungguh berharap allah mengampuni aku dan mengerakkan hati mu untuk memaafkan aku. Aku jadi malu. Aku bicara tentang Allah, padahal selama ini aku begitu jauh darinya.
Tapi Finn, aku pernah mendengar Ustaz Illyas berceramah, dia bilang Allah menyukai tangisan orang yang bertaubat kepadanya. Mungkin aku belum termasuk orang yang bertaubat seperti yang disebut oleh Ustaz Illyas. Tapi aku sungguh menyesali perbuatan jahat ku kepada mu. Aku tahu, aku tak bisa memaksa diri mu memaafkan aku sebagaimana dulu aku memaksakan
kehendak ku kepada mu. Fina, saat ini nasib ku di akhirat tergantung pada belas kasihan mu. Seandainya engkau memaafkan aku. Aku akan sangat bersyukur kepada tuhan dan aku berjanji aku tak akan pernah menyiar-nyiarkan kamu lagi. Namun, seandainya kamu tidak memaafkan aku, maka sungguh celakalah aku. Azab Allah lah yang aku hadapi di akhirat kelak.
wassalam.
Yang Menyesal,
Ronald.
(surat maaf Ronald kepada Fina)


Dalam syair Muhammad Iqbal, tergambar seorang pemuda ideal ialah:

Berhati emas berpotensi  prima,
Yang lembut dalam berbahasa dan teguh membawa suluh,
Ia ibarat sutera halus di tengah sahabat tulus,
Dia ibarat gerimis embun tiris memekar bunga-bunga.

Dia ibarat topan beliung yang mengoncangkan laut ke relung-relung,
Dialah gemisik air ditaman asrik,
Dialah penumbang segala belantara dan sahara,
Dialah pertautan agung iman Abu Bakar,
Keperkasaan Ali,
Kesedahanaan Abu Zhar,
dan keteguhan Salman.

Dia berdiri kokoh dalam dunia yang bergolak,
ibarat lentera ulama ditengah gulita,
Dia memilih syahid fisabilillah
diatas segala kursi dan umputi,
Dia menentang tindakan kufar
polaan ia dimana sahaja.

Maka nilainya pun mengubung tinggi,
Harganya makin tak bertepi,
Maka siapakah sanggup membelinya
kecuali rabbi.
(syair yang dibaca Husna ketika di radio JPMI)

Anna: angin kencang mula menghembus...
Azzam:kilat mula menyambar...
Anna: mungkin sebentar lagi bandai juga akan datang...
tapi kita bisa menghadapinya ini secara bersama-sama...
Azzam: apakah kita benar2 mempunyai persiapan yang kuat untuk menghadapi badai Anna..
(suasana ketika itu hampir hujan dan kilat berdentum di langit)

Sebenar banyak lagi word2 yang aku kira bisa mengluluhkan jiwa. Tapi sebaiknya teman2 carilah sendiri.

p/s: bagi yang sudah tengok sampai habis, boleh tak bagitau kenapa aku rasa semacam jer masa tengok part yang terakhir tue. Ending dia membuatkan aku terguling-guling macam kena rasuk. Perasaan apakah itu sebenarnya. adoyai.. konpius2.

p/s: KCB Meraih Redho Ilahi bakal menyusul. Harap tidak banyak konflik rumah tangga. (Ceh. orang lain dah habis tengok aku baru jer nak layan..)

Friday, June 17, 2011

Laskar Pelangi

(sepanjang Latihan Industri nie aku lebih banyak menonton, kalau bahasa mudahnya bedah movie. Cerita ini banyak mengigatkan aku zaman susah2 nak gi skolah dulu,.. oh!. kalau nak cerita zaman sekolah aku memang panjang.)

Pelangi ku,

saat kau hadir menolak gundah si taufan,

kanak2 riang melihat mu,

menunjuk-nunjuk ke arah mu seolah kau lah bintang harapan..

 

Pelangi ku,

ingin ku berlari mengejar mu,

ingin ku selalu memandang mu,

izin kan juga ku sebut nama mu satu persatu,

kerna aku yang selalu merindui mu,

merindui keindahan warna2 mu.

Pelangi ku,

kedatangan mu membawa seribu kenangan,

merenung mu mengimbas zaman persekolahan,

seolah kau yang menjadi saksi peristiwa semalam..

kerna peristiwa semalam pasti menjadi sejarah hidup ku.

 

Pelangi ku,

ku titipkan camar rindu ku pada mu,

yang bisa membisik kan kata2 syahdu,

kata2 yang terakhir dari ku,

kerna ku tahu kau pasti akan meninggalkan ku,

pergi mu seolah tidak akan kembali lagi…

p/s: tetiba teringat plak lagu sudirman “pelangi petang”. lagu feberet aku dulu.

Thursday, June 2, 2011

Dalam Mihrab Cinta..

(Daripada novel untuk dibaca kini dimoviekan untuk ditonton..)

Sedikit sinopsis dan ibrah yang ingin aku kongsikan bersama teman sekalian mengenai movie DMC ini.

dalam mihrab cinta

Cerita ini mengenai Syamsul, seorang santri yang telah difitnah  melakukan kecurian didalam sebuah pesantren. Lantaran itu, dia dihukum dan dihalau keluar dari pesantren dalam keadaan yang memalukan. Dia bukan sahaja dihalau tapi yang lebih menyedihkan apabila keluarga beliau sendiri tidak mempercayai dan melemparkan kata2 kesat kepadanya. Lalu dia memutuskan untuk membawa diri jauh daripada pandangan keluarganya.

Aku rasa teman2 semua dah tahu mengenai  cerita ini, cuma aku ingin kongsikan bersama teman2 bahawa disaat aku menonton cerita ini, lalu aku teringat kisah seorang ikhwah.

Ikhwah ini datang kepada ku dan mengadu masalah yang menimpanya. Aku ingat lagi masa itu raut mukanya kelihatan resah dan sedikit runsing. Lalu, dia menceritakan bahawa dia mengalami masalah dengan housemate nya. Masalah timbul apabila ketua rumah mengatakan bahawa duit sewa rumah untuk 3 bulan yang sepatutnya telah dibank in kan 3 bulan lalu tidak mencukupi gara2 seorang ahli rumah tidak membayarnya lagi. Apabila diminta untuk menunjukkan slip bank in, ikhwah ini tidak dapat menunjukkan slip beliau kerana ia tidak menyimpannya. Lantaran itu, dia dituduh tidak membayar sewa rumah dan di gesa untuk bayar dengan segera wang itu.

Ikhwah ini, walaupun bermati-matian menegaskan bahawa dia sudah membayarnya tapi tetap sahaja dituduh berbohong. Seluruh ahli rumahnya tidak mempercayai omongan beliau. Dia juga mengatakan mana mungkin dia tersilap bank in duit kepada orang lain kerana dia sememangnya yakin duit itu telah di bank in kan ke akaun yang betul.

Dia juga mengusulkan agar duit yang telah hilang itu ditampung oleh semua ahli rumah. Tapi mereka tetap sahaja menyuruh dia menanggung sendiri kehilangan duit ini.

Sebagai student yang hanya bergantung ekonominya hanya pada PTPTN mana mungkin mampu menampung beratus ringgit yang lost itu. Jadi dia nekad tidak mahu membayarnya kerana dia yakin itu bukan kesalahanya. Natijahnya, dia seakan dipulaukan dan terus disisihkan daripada rakan rumahnya.

Lalu ikhwah ini datang kepada ku dan sesi curhat (curahan hati) pun bermula. Bagi seseorang yang mana dirinya tidak lagi dipercayai oleh teman2 nya sekeliling itu adalah sangat menyakitkan. Perasaan siapa yang tidak sedih bukan apabila kita membicarakan yang benar tetapi kita tidak langsung dipercayai. Malah kita bukan sahaja tidak dipercayai tetapi juga dibenci dan dicemuh atas sesuatu perkara yang tidak kita lakukan. Seperti terasa dunia ini sudah tiada maknanya. Rintihan dan harapan sahaja yang kita akan sandarkan.

Kerana aku tahu, ikhwah ini datang bukan sahaja untuk berkongsi masalahnya dan mencari solusi daripada aku tetapi dia lebih memerlukan dorongan dan semangat. Lantas aku tiupkan kata2 penguat juga kepadanya agar bisa dibuat bekal ujian kehidupan. Tidak lupa juga aku mengatakan bahawa aku sangat mempercayai kata2nya.

Setelah reda gelisah diwajahnya. Air muka juga kembali tenang. Tapi bagi aku, didalam hatinya hanya tuhan sahaja tahu. Lalu dia berangkat pulang, katanya mahu jumpa zaujah di halaman rindu. Dalam hati aku, mungkin dia mahu buat sesi curhat dengan zaujah tercinta pula. Oh, itulah agaknya itulah peranan seorang zaujah, menguatkan disaat suaminya down.

Selepas beberapa ketika dia meninggalkan rumah aku. Ku capai henset dan ku kirimkan bait2 kata sms kepadanya.

Akh, jgn lupa mhon kpd ALLAH agr dipermudahkn ujian ini, jga dibri kelembutan pada hati kwn2 antm agr pham mslah ini dan jga kekuatn pd antm utk brckp perkara yg bnar. Smoga smuanya brjalan dgn baek dan berakhir jga dgn baek. Ana sentiasa doakan antm jga.”.

Selepas berberapa minit, dia membalasnya..

“InsyaAllah akh,.jzkallah.. t’hru ana, doakan org musafir ni mudh maqbul.. jd ana doakan antm pat menikah.. Senyuman..”, tersenyum aku sendiri ketika membaca mesej ini. Lalu ku membalasnya dengan berseloroh.

“Doakn lah rezeki ana melimpah ruah, bru sng nk nikah kalo ada duet. Hehe. Inyaallah kta saling mendoakannya”

Lalu ku terima lagi balasan mesejnya..

“Mga antm kaya raya, bergaya, wife lawa,hehe.. ameen ya robb”,- lalu aku tergelak kecil saat membacanya.

“Hehe.. ada2 je la antm nie”, ayat terakhir ku hantar dengan senyuman masih terukir di raut wajah ku. Kerenah ikhwah kadangkala sememangnya melucukan. Walaupun ditimpa masalah tetap sahaja masih boleh bergurau.oh!

Selang beberapa minggu kemudian, resit yang hilang telah dijumpai oleh rakan roomatenya. Jadi bukti pembayaran telah jelas kelihatan. Ketua rumah telah pergi ke bank untuk menyelesaikan masalah ini. Pihak bank menyatakan hal ini sering terjadi kerana kadang kala duit yang di bank in telah tersangkut di dalam mesin. Tuduhan bersalah telah dilucutkan. Pandangan serong teman serumah telah dipatahkan.

Maha suci ALLAH yang telah menguji hambanya, ialah juga yang menamatkan ujian itu. Resit yang sekecil-kecil boleh dijumpai sebagai penguat hujah untuk pembelaan diri. Sememangnya itu semua perancanaan ALLAH untuk menguji dan melihat pergantugan hamba kepadanya. Alhamdulillah, bersyukur kepada mu kerana tanpa pertolongan mu jua mungkin agak sulit untuk ikhwah ini menempuh ujiannya. Sememangnya ALLAH lah sahaja tempat manusia bergantung harap.

 

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sedikit ibrah yang ingin ku kongsikan, Janganlah kita suka menuduh seseorang tanpa tabayun (selidik) terlebih dahulu. Kesilapan kita dalam menghakimi seseorang akan menyebabkan fatal terhadap individu tersebut.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (49:6).

p/s: KCB versi ramdhan hampir habis ku menontonnya walaupon itu sudah berbulan-bulan lamanya di dalam external aku. Inyallah, kalau kesenpatan akan aku kongsi sedikit input daripada cerita tersebut.

Monday, May 2, 2011

Kemana Mahu Pergi Akh..?

(Benda yang sudah lama pada dasarnya tapi ku ungkit kembali agar bisa menggigatkan kita semua…)

jalanku[1]

kemana mahu pergi akhi ?
kemana mahu pergi akhi

tika ummat ini memerlukanmu
kemana mahu pergi akhi

tika saatnya ummat ini mendambakan keringatmu

kemana mahu pergi akhi

tika saat manusia sedang memudik kolek mereka ke neraka
kemana mahu pergi akhi

andai tujuan ummat ini sedang dalam arah kesesatan
kemana mahu pergi akhi

saatnya ummat sedang bergelumang dengan maksiat
kemana mahu pergi akhi

andai manusia sedang leka untuk sebuah jawataan ke neraka
kemana mahu pergi akhi

DSCN6316

tika manusia lain sedang mengumpul kekayaan untuk membeli tiketke neraka
kemana mahu pergi akhi

tika iman mu sangat lemah dan lalai
kemana mahu pergi akhi

tika saat ahli agama sedang berbalah sama sendiri
kemana mahu pergi akhi

diwaktu ummat mandambakan penyelesaian darimu
kemana mahu pergi akhi

apabila ummat ini menagih kebajikan iman darimu
kemana mahu pergi akhi

tika keluargamu dalam hanyutan dunia dan maksiat
kemana mahu pergi akhi

saat palestin kini sedang dicabul oleh la'natullah
kemana mahu pergi akhi

saat ahli agama hanya berteori dan bersolek dengan solekan agama
kemana mahu pergi akhi

saatnya orang sibuk berpolitik dari berdakwah
kemana mahu pergi akhi

100_3041

ketika ummat amat dahagakan tarbiyyah islamiyyah
kemana mahu pergi akhi

tika anak muda sedang leka dalam lembah maksiat
kemana mahu pergi akhi

tika ummat memilih hiburan sebagai cara hidup mereka
kemana mahu pergi akhi

tika da'i sedang terpedaya dengan duniawi
kemana mahu pergi akhi

saat ummat ini sedang dihina
kemana mahu pergi akhi

tika pada da'i sedang mencari jalan untuk keluar dari jalan ini kerana pesona duniawi
kemana mahu pergi akhi

100_3042

tika tarbiyyah hanya menjadi tujuan duniawi bagi yang hatinya gelap
kemana mahu pergi akhi

tika islam hanya menjadi kata semangat bukan amalan untuk metlamat
kemana mahu pergi akhi

tika ummat sedang dimurtadkan
kemana mahu pergi akhi

tika hal anak-anak yatim dan fakir miskin tidak terbela
kemana mahu pergi akhi

tika sang binatang buas sedang memungut harta kekayaan dengan menindas ummat
kemana mahu pergi akhi

tika kotak maksiat(tv) sentiasa berputar di setiap rumah ummat
kemana mahu pergi akhi

IMG_0273

tika iman saudara mu sedang lemah
kemana mahu pergi akhi

saat da'i sedang bertukar haluan duniawi
kemana mahu pergi akhi

tika pemimpun sedang bermewahan tanpa membela nasib ummat
kemana mahu pergi akhi

tika agama sudah menjadi rektorik manusia
kemana mahu pergi akhi

saat tarbiyyah ini menjadi lesu

kemana mahu pergi akhi

jika bukan di rumah tarbiyyah ini

kemana mahu pergi akhi, kemana........

-by 'mas' FAHRI'-

DSC00433

(Bermula kelompok yang kecil kini kita semakin membesar dan berkembang.. Dahulunya kita ditatih, kini kita mula mengorak langkah di medan masing-masing. Andai diantara kita kian lemah, ingatlah bahawa kami semua turut menyertai setiap langkah perjuangan mu. Semoga azam dan tekad engkau semakin tinggi menjulang langit. Kalianlah yang bakal menjadi sebahagian daripada sejarah yang akan datang..)

Saturday, April 23, 2011

Kisah Seekor Nyom..

(Aku yang menulis untuk menghilangkan tension study kononnya…)




Nun di hujung bagunan, disebuah kedai makan yang penuh sesak. Kelibat manusia yang sentiasa keluar dan masuk silih berganti. Kedai makan Mok Su yang sememangnya menjadi destinasi bagi setiap warga student disekitar itu, mungkin kerana harganya murah bersesuailah dengan ekonomi seorang student.


Dari jauh kelihatan dua orang lelaki menuju ke kedai Mok Su. Lalu mereka mengambil seat dan berborak-borak kosong. Seorang waiter datang lalu mencatit order dan berlalu ke dapur.


Selang beberapa minit, waiter yang tadinya mencatit order datang membawa dua gelas teh ais dan dua nasi goreng ayam. Bau aroma nasi goreng ayam yang sungguh menyedapkan membuatkan sesiapa sahaja yang menghidunya pasti menjadi tidak keruan.


Dengan penuh selera mereka menjamah makanan itu. Owh..! tidak lupa juga membaca doa sebelum makan, kalau tidak nanti tak berkat.


Dalam kegelapan malam itu, kelihatan seekor makhluk berkaki 4 menghala ke arah kedai makan Mok Su dan terus singgah di meja dua lelaki tadi. Barangkali kerana terlalu lapar, makhluk itu tanpa segan silu meminta simpati agar diberi barang secuit dua untuk merasa nikmatnya memakan ayam.


Sesekali terdengar suara makhluk itu meminta dengar penuh rendah hati.. “Miawww..miawww..,” berulang-ulang kali dia bersuara agar rayuannya di ambil peduli. Kadang-kadang ia bergesel-gesel bulunya pada kaki mereka. Juga berbekalkan muka seposen makhluk itu meletakkan harapan tinggi mudah-mudahan dapat juga ia menumpang nikmat pemberian tuhan itu.


Akhirnya, pujuk rayunya membuahkan hasil. Lelaki tadi mencampaknya sedikit ayam ke bawah meja. Mungkin juga kerana sudah bosan melayan kerenah makhluk itu mereka lantas memberikan sedikit simpati.


Makhluk yang sedari tadi nya sangatlah lapar lalu mengejarnya habuannya. Apabila sampai kepada benda yang bakal menjadi makanannya, ia hampir-hampir sahaja ia menangis. Terguris hatinya. Luluh juga jiwanya. Harapannya hancur, disangkanya meminta paha dapatlah betis. Tapi tulang yang diberinya. Andai tulang dibaluti barang sedikit daging, mungkin boleh dimaafkan. Tetapi ini tulang sudah togel isinya, bahkan dibaluti dengan air liur lelaki itu sahaja.


Dek kerana sudah fed up dengan perangai lelaki itu. Tidak semena-mena makhluk itu lantas terus berubah menjadi aneh, bulunya meremang-remang, nafasnya tidak lagi teratur.. lantas dengan lancang berkata..



“Cilakak lu orang..!!, ingat aku nie JIN ker nak makan tulang..”



Terperanjat la dua orang lelaki tadi. Masakan makhluk ini boleh berkata-kata demikian. Tetapi kelihatannya dua lelaki ini buat donno selepas itu. Masih cool and steady. Makhluk itu lalu bengang dan terus melempang sekor-sekor lelaki tadi. Mereka jatuh terjelupuk ketanah lalu berubah menjadi otomen. Ketakutan punya pasal, mereka cepat-cepat terbang dan balek ke planet dan berjumpa dengan minah senget untuk melaporkan akan keganasan makhluk tadi.



kisah seekor kucing,nyom,haiwan peliharaan



Malangnya, itu semua imaginasi aku. Mana mungkin seekor makhluk bernama kucing@nyom boleh berkata-kata. Cerita ini pun dah hampir menjadi tahyol kerana kesengalan aku.. Jadi baik aku tutup cepat sebelum lebih melarat-larat kesengalan aku nie. Sekian..


Salingan sedikit,


korang pernah dengar hadis kan pasal seorang pelacur yang diampuni dosanya atas asbab memberi minum anjing. So, korang jangan lah meremehkan hatta satu binatang kelaparan yang meminta pada korang. Tapi kalau seekor nyamuk yang kelaparan darah meminta daripada korang. Korang tampor jer nyamuk tue, kalau boleh pakai ridsert lagi bagus. "Hapuskan Nyamuk, Cegah Denggi..".


p/s: cerita ini aku harap korang paham la apa aku nak sampaikan.


p/s: erh, korang tau ker nyom tue nama lain bagi kucing..?


p/s: cerita ini pasal apa boleh jadi tahyol diakhirnya kerana tiba-tiba plak aku teringat satu lagu nie masa aku kecik-kecik dulu.. korang boleh tgok kat ruangan komen..

Wednesday, March 30, 2011

Usaha & Hasil

(buat mereka yang kecewa)

wahai kawan,

wahai teman,

wahai sahabat2 ku sekalian..

dengar lah satu pesan ku..

bukan yang pertama,

tidak juga terakhir dari ku,

ingatlah….

andai usaha telah egkau gigihkan,

azam telah kau bulatkan,

tawakal dan doa juga telah dialunkan,

tetapi….,

hasilnya amatlah mengecewakan..

sakitnya juga meluluhkan hati…

tiada lagi tawa….

yang tinggal sendu mengalir di pipi mu..

ingatlah…

ALLAH tidak  menilai akan hasil mu..

tetapi jauh kepada usaha2 mu…

maka,

teruskanlah usaha mu itu..

semoga kau success selalu..

 

Didalam kehidupan ini sering kita bertemu dengan pelbagai mehnah dan ujian yang kadang kala sangat mencengkam jiwa dan raga kita. Merasakan diri seperti tidak berguna bagaikan seperti sampah masyarakat yang tiada nilainya di pandang manusia. Tetapi inilah realiti sebuah kehidupan yang mana pahit, manis, tawar, kelat, dan pelbagai-bagai rasa harus kau tempuhi untuk mematangkan diri.

Kadangkala sering kita berkata “Ya Allah, kenapa lah aku ini bodoh sekali, belajar tak pandai2, result pun tak seberapa..”. Padahal kau telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi semuanya hampa sekali.

Ingatlah kawan, bahawa Allah tidak pernah menilai seperti mana penilaian yang sering dibuat manusia. Manusia itu sering menilai kita daripada hasil yang kita kecapi.

“Wah..! anak Pak Mat tempe tue sekarang dah ada kereta sport laaa..”

“Pergggh..,!! kau memang hebat laa bro, kalau tidak macam mana kau boleh jadi engineer nie…”

“Bedah kau tengok tue anak si Jenny tue, aku tengok tuesyen bukan kemain lagi, kesini kesana, tapi result periksa macam tue juga.., buang duit jer sekolah kan anak yang dah memang bebal macam tue…”

la tahzan

Begitulah kawan, sememangnya manusia sering menilai kita dari hasil yang kita kecapi, jarang sekali mereka menilai usaha-usaha yang telah kita lakukan. Andai kita gagal walau kita gigih berusaha, tetap sahaja najis yang kita terima.. maka sabarlah kawanku…

Bersyukur kita pada tuhan, kerana Allah tidak sekadar menilai hasil pencapaian kita, tapi lebih kepada usaha2 yang telah kita lakukan. Bayangkan sahaja andai Allah itu melihat hasil pencapaian kita sahaja, semestinya seorang raja, hartawan, engineer, doktor, dan orang2 bangsawan lebih layak mendapat kedudukan yang tinggi disisinya. Maka kita yang kerja kilang, guru biasa, pelajar yang tak pandai dan golongan2 rendah kemungkinan besar tidak layak langsung mencium bau syurga.. Oh..! nampaknya meriahlah syurga dengan golongan2 bangsawan ini.

Tetapi kawan…, Allah itu tidak seperti makhluk2nya yang hanya menilai dari sisi pencapainya.. Lihat lah sahaja rasul2 nya seperti Nabi Nuh. Walaupun telah berdakwah hampir 1000 tahun tetapi pengikutnya tidak sampai 200 orang. Juga kau boleh lihat nabinya Allah iaitu Musa, walaupun gagal dalam mendakwahi Sang Firaun yang terkenal dengan tiraninya tetap sahaja mereka ini digelar rasul Ulu al-azmi. Tahukah kau kenapa mereka ini digelar sebegitu.. sudah tentulah bukan kerana hasil pencapaian yang tidak perlu dibanggakan itu.

Sahabat2 ku, dengarlah seruan ku ini, jadilah seperti Musa yang mana walaupun tidak fasih dalam berbahasa tetapi tetap sahaja berusaha bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwahnya. Mungkin sahaja dakwah mu tidak didengari oleh manusia kerana pandangannya yang enteng terhadap kamu serta kurangnya pendidikan agama mu. Jauh sekali juga ketidak petahan kamu dalam berkata-kata dalam menyampaikan risalahnya. Maka, janganlah kau mengalah, kerana usaha telah kau jalankan dan hasilnya biarlah Allah yang tentukan.

Buat adik2 yang baru lepas mendapat result SPM yang amat mengecewakan. Janganlah kau cepat mengalah dan bersedih atas pandangan manusia kepada kamu. Tapi sedihlah andai Allah yang memandang jelek kepada mu. Hidup ini seperti blogger juga.. kadang2 entry mengarut, merepek dan meraban, kadang2 juga sedih, sayu dan pilu,  juga ada entry gembira, melompat2 dan terkija-kija. Jadi aku pon tak tau entry aku yang mana satu kali nie… yang penting suatu hari nanti pasti kau akan diatas kembali…

“JANGAN CEPAT MENGALAH…OK..!”

p/s: aku lebih tujukan kepada adik2 yang baru dapat result spm dan siapa2 jer laaa..

Monday, March 14, 2011

antara aku, bustand, kekawan dan family..

(setelah sekian lama aku tidak mengupdate..)

AL-kisah apabila aku diprovoke oleh kakak aku untuk pulang ke pangkal jalan di facebook. Lalu aku yang juga sudah bosan dan tekanan belajar yang melampau (konon2 nye laa) telah mengambil keputusan yang agak dratis untuk balek ke rumah setelah selesai solat jumaat.

Jarang skali perencanaan aku bermasalah, akibat tidak mengupdate isu2 semasa di sekeliling. Dengan penuh gah berjalan menghala ke kaunter bus Orchid.

“kak tiket bus ke kluang satu..,”

“maaf dik, tiket ke kluang sudah habis..”

Gurlp..! aku yang datang dengan harapan mengunung tinggi, kini bermuka hampa.. pasrah beb..!

“erh kak, kalo gitu tiket ke batu pahat ada tak..?”

Alhamdulillah, ada juga peluang nak balik rumah, tapi natijah yang aku dapat, jam 3.30pm aku tiba di Melaka Central (MC) nie, tiket bus jam 9.00pm yang aku dapat(bus terakhir), .. tue la kerja nak melulu jer.. aku boleh tak tahu pula hari nie budak2 sekolah asrama balek. Dah tak pasal2 aku kena luangkan masa kat MC nie.

Sebagai menyahut seruan kerajaan “Membaca Amalan Mulia”, aku yang tak nak tergolong dalam golongan yang membuang masa pergi la membeli senaskah SOLUSI edisi yang terbaru. Lalu, aku pun baca start dari kulit belakang..dan tak sampai2 kat kulit depan.. memang macam nie pun selalu, bacaan yang depan2 tue agak berat sket laa. Kalo yang belakang2 tue semua bacaan2 ringan. Senang nak hadam..

Ok, aku rasa dah melalut panjang sangat. Dipendekkan cerita, sabtu pagi aku teman kakak aku pegi ke Johor Bahru bersama rombongan sekolah untuk pameran “JOM MASUK U”. Malam tue plak, aku melepak dengan member2 sebaya aku.. Overnight laa katakan….

(Nie cerita sebenar aku nak kongsi, tadi tue merepek jer..)

Malam tue sampai ke subuh aku lepak dengan diorang, macam2 hal skrang diorang nie.. Seingat aku dulu masa aku tinggalkan diorang coz masuk skolah teknik. Diorang nie baru jer nak berjinak2 hisap rokok (ader yang dah liar pun).. pastu time aku habis skolah, diorang nie dah start main shisha plak..( btol ker aku eja nie). Ok, aku akui memang aku pernah la tumpang sekaki dengan aktiviti macam nie. Tapi aku takder laa sampai ketagih hisap rokok gan shisha tue.. oh..! mungkin time tue ekonomi aku pon tak kukuh kot.. ditambah juga ancaman bapak aku, yang nak ikat aku kat pokok kerangga kalau tahu aku hisap rokok.. Giler..! nie bukan sekadar cobaan kot.. tapi btol2..!!

Aku ingat lagi kata diorang,

aku hisap rokok kat mulut jer, tak tarik pon sampai dalam. Bahaya rokok nie, yang penting jangan ketagih..”

Ciss..! sekrang lu orang sudah ketagih lor.. tak boleh berhenti dah tue.. mana kata2 lu dulu bro..

Lepas tue, aku tinggalkan diorang lagi sebab aku masuk matrik.. tahu2 diorang skrang dah update sket. Main pil pulak. Aku tak tahu la tue pil apa, yang aku tahu kalau kena, maunya tak tidor dua tiga hari..

ok, skrang aku dah masuk U.., bertambah kerosakan yang korang buat.. Sedih aku tengok korang nie.. dah pandai minum arak gan layan bohsia dah..Aku tak tahu la kalau korang dah pernah main dengan bohsia tue coz aku tak nampak. Tapi kalau dah bawak bohsia tue masuk rumah.. tak tau laa aku nak cakap apa lagi.. Aku nak nasihat pun korang dah tahu benda2 tue semua haram…

“kau jangan minum arak, main perempuan, dan main judi. Tu semua haram kau tahu tak..?,”kata kawan aku sorang nie..padahal sekaki juga.

“bodoh syial, kau nie cakap dah macam cikgu doh..”,

“kah..kah..kah.. bodoh nie bukan cikgu, tapi ustaz..hahahahaha”..

Korang tengok, kalau aku cakap pun tak guna, Diorang tahu pasal haram ker halal ke benda nie.. siap boleh menganjing lagi.. adei..!! sedih2..

p/s: sampai sini jer laa aku tulis, panjang sangat dah tue.. penulisan pon dah tak fokus, berterabur.. kalau rajin aku sambung nanti..