"dan tetaplah memberi PERINGATAN, kerana sesungguhnya PERINGATAN itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."-51:55

Respond Form ( I'm Independent Distributor Islam...)

Name:
Email Address:
Phone No.
Occupation
Where do you live? KL, Selangor
Perlis, Kedah, Penang, Perak
Negeri Sembilan, Melaka, Johor
Terengganu, Kelantan, Pahang
Sabah, Sarawak, Labuan
If I can help you to : Lose Jahiliah
Gain Ukhwah
Build Iman
Improve AlQuran
Healthy Mathurat
Feel Great With Islam
Earn extra Pahala

Click here to put a form like this on your site.

Wednesday, March 30, 2011

Usaha & Hasil

(buat mereka yang kecewa)

wahai kawan,

wahai teman,

wahai sahabat2 ku sekalian..

dengar lah satu pesan ku..

bukan yang pertama,

tidak juga terakhir dari ku,

ingatlah….

andai usaha telah egkau gigihkan,

azam telah kau bulatkan,

tawakal dan doa juga telah dialunkan,

tetapi….,

hasilnya amatlah mengecewakan..

sakitnya juga meluluhkan hati…

tiada lagi tawa….

yang tinggal sendu mengalir di pipi mu..

ingatlah…

ALLAH tidak  menilai akan hasil mu..

tetapi jauh kepada usaha2 mu…

maka,

teruskanlah usaha mu itu..

semoga kau success selalu..

 

Didalam kehidupan ini sering kita bertemu dengan pelbagai mehnah dan ujian yang kadang kala sangat mencengkam jiwa dan raga kita. Merasakan diri seperti tidak berguna bagaikan seperti sampah masyarakat yang tiada nilainya di pandang manusia. Tetapi inilah realiti sebuah kehidupan yang mana pahit, manis, tawar, kelat, dan pelbagai-bagai rasa harus kau tempuhi untuk mematangkan diri.

Kadangkala sering kita berkata “Ya Allah, kenapa lah aku ini bodoh sekali, belajar tak pandai2, result pun tak seberapa..”. Padahal kau telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi semuanya hampa sekali.

Ingatlah kawan, bahawa Allah tidak pernah menilai seperti mana penilaian yang sering dibuat manusia. Manusia itu sering menilai kita daripada hasil yang kita kecapi.

“Wah..! anak Pak Mat tempe tue sekarang dah ada kereta sport laaa..”

“Pergggh..,!! kau memang hebat laa bro, kalau tidak macam mana kau boleh jadi engineer nie…”

“Bedah kau tengok tue anak si Jenny tue, aku tengok tuesyen bukan kemain lagi, kesini kesana, tapi result periksa macam tue juga.., buang duit jer sekolah kan anak yang dah memang bebal macam tue…”

la tahzan

Begitulah kawan, sememangnya manusia sering menilai kita dari hasil yang kita kecapi, jarang sekali mereka menilai usaha-usaha yang telah kita lakukan. Andai kita gagal walau kita gigih berusaha, tetap sahaja najis yang kita terima.. maka sabarlah kawanku…

Bersyukur kita pada tuhan, kerana Allah tidak sekadar menilai hasil pencapaian kita, tapi lebih kepada usaha2 yang telah kita lakukan. Bayangkan sahaja andai Allah itu melihat hasil pencapaian kita sahaja, semestinya seorang raja, hartawan, engineer, doktor, dan orang2 bangsawan lebih layak mendapat kedudukan yang tinggi disisinya. Maka kita yang kerja kilang, guru biasa, pelajar yang tak pandai dan golongan2 rendah kemungkinan besar tidak layak langsung mencium bau syurga.. Oh..! nampaknya meriahlah syurga dengan golongan2 bangsawan ini.

Tetapi kawan…, Allah itu tidak seperti makhluk2nya yang hanya menilai dari sisi pencapainya.. Lihat lah sahaja rasul2 nya seperti Nabi Nuh. Walaupun telah berdakwah hampir 1000 tahun tetapi pengikutnya tidak sampai 200 orang. Juga kau boleh lihat nabinya Allah iaitu Musa, walaupun gagal dalam mendakwahi Sang Firaun yang terkenal dengan tiraninya tetap sahaja mereka ini digelar rasul Ulu al-azmi. Tahukah kau kenapa mereka ini digelar sebegitu.. sudah tentulah bukan kerana hasil pencapaian yang tidak perlu dibanggakan itu.

Sahabat2 ku, dengarlah seruan ku ini, jadilah seperti Musa yang mana walaupun tidak fasih dalam berbahasa tetapi tetap sahaja berusaha bersungguh-sungguh dalam menyebarkan dakwahnya. Mungkin sahaja dakwah mu tidak didengari oleh manusia kerana pandangannya yang enteng terhadap kamu serta kurangnya pendidikan agama mu. Jauh sekali juga ketidak petahan kamu dalam berkata-kata dalam menyampaikan risalahnya. Maka, janganlah kau mengalah, kerana usaha telah kau jalankan dan hasilnya biarlah Allah yang tentukan.

Buat adik2 yang baru lepas mendapat result SPM yang amat mengecewakan. Janganlah kau cepat mengalah dan bersedih atas pandangan manusia kepada kamu. Tapi sedihlah andai Allah yang memandang jelek kepada mu. Hidup ini seperti blogger juga.. kadang2 entry mengarut, merepek dan meraban, kadang2 juga sedih, sayu dan pilu,  juga ada entry gembira, melompat2 dan terkija-kija. Jadi aku pon tak tau entry aku yang mana satu kali nie… yang penting suatu hari nanti pasti kau akan diatas kembali…

“JANGAN CEPAT MENGALAH…OK..!”

p/s: aku lebih tujukan kepada adik2 yang baru dapat result spm dan siapa2 jer laaa..

4 comments:

.sYaFiQ. said...

"tapi bang, result saya x berapa memberangsangkan. Camne ye bang?" kata Shahrul (bukan nama sebenar) kepada Izat (bukan nama sebenar).

Dengan wajah yang tenang seakan seorang syeikh, Izat berkata dengan penuh hikmah agar tidak menyebababkan Shahrul terluka.
" Padan muka kamu. Siapa suruh tidak belajar bersungguh-sungguh".

Berdasarkan kajian kes diatas, nyatakan pendapat anda terhadap tindakan Izat dari sudut pandang tarbiyyah.

*Afwan akh, ana x sempat nak post kat blog ana. So ana post kat sini jela eh.

shahniz said...

erk..! entah la awak saya pon x tau... kalau dari sudut terbiyahnya mmg izat patut kena buang dari halaqah..hahaha.. x membantu lgsung..

lalu izat pun digulingkan..kih..kih..kih..

p/s:erh, kalo btol si shahrul x blajar btol2 nak wat cm ner tue.. mmg patut kot kena sound cm tue, baru dia sedar sket (tapi nada gurau laaa)...
tapi, kalo dia dah blajar btol2 dan sungguh2 tapi result x memberangsagkan..kna laa suport sket..ikhwah kot tue,..

.sYaFiQ. said...

jawapan yg pertama 2 zalim gak..hehe..
tp cam kena gak bertegas..kata org melaka..haha..astaghfirullah

shahniz said...

haha..yg jawapan 1st tue mmg jwapan dari org melakau... tue nmpak cm zalim sket...